Tinjauan Keberkesanan Program Bimbingan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Di Politeknik Kuala Terengganu
List of Authors
  • Abdul Halim Ahmad

Keyword
  • keberkesanan, program, bimbingan kerjaya, pelajar

Abstract
  • Program bimbingan kerjaya menyediakan pelajar dengan pelbagai bidang kemahiran sebagai persediaan mereka mengharungi dunia pekerjaan. Pelajar harus memilih hala tuju kerjaya yang sesuai bagi mencapai aspirasi peribadi dan kejayaan kerjaya mereka. Objektif utama program bimbingan kerjaya di laksanakan adalah untuk memperkasakan kemahiran isaniah dan kebolehpasaran disamping memantapkan hubungan kolaborasi di antara politeknik dan industri bagi meningkatkan peratusan kebolehpasaran graduan. Kajian yang dijalankan berbentuk deskriptif untuk menilai keberkesanan program bimbingan kerjaya yang dilaksanakan dan untuk mengenalpasti sama ada wujud kesediaan kerjaya hasil pelaksanaan program yang dijalankan. Sampel untuk kajian ini terdiri dari 300 orang pelajar dalam bidang teknologi maklumat dan kejuruteraan elektrik. Dua set borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini. Data yang diperolehi dianalisi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 27.0. Dapatan kajian menunjukkan program bimbingan kerjaya yang dilaksanakan adalah berkesan (min = 4.01). Program yang dilaksanakan juga dapat mewujudkan kesediaan kerjaya di kalangan pelajar (min = 3.51). Beberapa item seperti elemen pemikiran kreatif dan kemahiran penyelesaian masalah perlu ditambahbaik melalui aktiviti yang dijayakan pada masa depan bagi menambahbaik program bimbingan kerjaya yang dilaksanakan.

Reference
  • No Data Recorded