Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa tahun akhir program kerja sosial
List of Authors
  • Fauziah Ibrahim , Nazihah Kamarudin , Nur Saadah Mohamad Aun

Keyword
  • Tingkah laku beretika, keupayaan kepimpinan, mahasiswa kerja sosial, UKM, kuantitatif

Abstract
  • Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa tahun akhir kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial profesional. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kerja sosial tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian kerja sosial di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 30 orang mahasiswa program kerja sosial tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial tahun akhir menunjukkan tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan program kerja sosial untuk menambahbaik program-program yang boleh membantu meningkatkan tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa program kerja sosial di UKM.

Reference
  • 1. Adi Fahrudin. (1999). Komitmen profesional di kalangan pelajar kerja sosial di Indonesia. Tesis PhD. Universiti Sains Malaysia.
    2. Anderson, J. S. & Prussia, G. E. (1997). The Self-Leadership Questionnaire: Preliminary Assessment of Construct Validity. The Journal of Leadership Studies, 4(2), 119-143.
    3. Bass, B. M. & Bass, R. (2008). The Bass Handbook of Leadership: Theory, Research and Managerial Applications. Edisi ke-4. New York: Free Press.
    4. Bush, T. (2008). Leadership and Management Development in Education. London: Sage Publications Ltd.
    5. Chua, Y. P. (2014). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
    6. Cribbin, J. (1982). Leadership: Strategies for Organizational Effectiveness. New York: Amacom.
    7. Diana-Cristina, B. (2016). To Be A Manager in Social Work Area. Bulletin of the Transilvania University of Brasov Series VII: Social Sciences & Law, 9 (58), 117-122.
    8. Dubois, B. & Miley, K. K. (1999). Social work: An empowering profession. (4th. Ed). Boston: Allyn and Bacon.
    9. Eleni, P. (2016). Using the Critical Incident Technique (CIT) to Explore How Students Develop Their Understanding of Social Work Values and Ethics in the Workplce During Their Final Placement. The Journal of Social Work Values and Ethics, 13(2), 56-72.
    10. Fooi, F. S. (2005). Etika pengurusan jaminan peningkatan professional. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
    11. Fox, D. J. & Kang, L. (2018). Social work leadership: reflections on a student – led conference. Social Work Education, 1-15. Hassan, Z., Silong, A. D. & Muslim, N. (2009). Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 10, 39-52.
    12. Hollenbeck, G.P., McCall, W.M. Jr. & Silzer, R.F. (2006). Leadership competency models. The Leadership Quarterly, 17(4), 398-413.
    13. Ismail Baba. (2002). The establishment of council om social work Malaysia. First round-table meeting council on social work education at school of social science. Anjuran Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 17-18 Januari 2002.
    14. Kamri, N. A. (2008). Kefahaman dan Sambutan Terhadap Kod Etika Islam: Pengalaman Tabung Haji. Jurnal Syariah, 16(1), 145-162.
    15. Knowles, A. J. & Cooner, T.S. (2016). International Collaborative Learning Using Social Media to Learn about Social Work Ethics and Social Media. Social Work Education, 1-11.
    16. Lazarri, M., Colarossi, L., & Collins, K. S. (2009). Feminists in social work: Where have all the leaders gone? Affilia: Journal of Women and Social Work, 24, 348-359.
    17. Male, T. (2006). Being an Effective Head Teacher. London: Paul Chapman Publishing.
    18. Mohd Yatim Nawai. (2006). Implementasi pengurusan perubahan: Kajian tinjauan di pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tesis PhD. tidak terbit. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    19. Ospina, S., & Su, C. (2009). Weaving color lines: Race, ethnicity and the work of leadership in social change organizations. Leadership, 5, 131-170.
    20. Piawaian Kompetensi Kebangsaan Praktis Kerja Sosial. 2010. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Selangor.
    21. Rothwell, W.J. (2010). Effective Succession Planning: Ensuring Leadership Continuity and Building Talent from Within. Edisi ke-4. New York: American Management Association.
    22. Saparin, N. H. B. (2014). Malay Muslim Worldviews: Some thoughts for social work practice in Singapore. Journal of Religion & Spirituality in Social Work: Social Thoughts, 33(1), 73-94.
    23. Skala Etika Kerja (SEK). (2007). Instrumen Sistem Pengurusan Audit Nilai (ISPAN). Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
    24. Yukl, G. (1989). Leadership in organizations (2nd Ed.). Englewood Cliffs. NJ: Prentice Hall.
    25. Zaharah Hassan, Abu Daud Silong & Nazri Muslim. (2009). Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan Organiasi dalam Perkhidmatan Awam. MALIM, 10, 39-52.