Kebolehhuraian penerang dalam nama biasa ular bahasa Melayu
List of Authors
  • Muhammad Nasri Rifin

Keyword
  • kebolehhuraian, nama biasa, nama ular, penerang, bahasa melayu

Abstract
  • Maklumat tentang kebolehhuraian penerang dalam nama biasa ular penting dalam proses penilaian nama biasa. Namun begitu, maklumat ini masih kurang terutamanya bagi penerang dalam nama biasa ular bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan menetapkan dua objektif, iaitu mengenal pasti dan membincangkan kebolehhuraian penerang dalam nama biasa ular bahasa Melayu berdasarkan pendekatan Onometrik Gilreath. Dalam kajian kualitatif ini, penerang dalam nama biasa ular bahasa Melayu telah dianalisis menerusi prosedur yang terdiri daripada empat langkah utama yang melibatkan penggunaan kaedah analisis dokumen. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapat tiga tahap kebolehhuraian yang berbeza bagi penerang yang terdapat dalam nama biasa ular bahasa Melayu. Dapatan kajian ini dapat dijadikan rujukan yang penting dalam penilaian kualiti nama biasa ular bahasa Melayu.

Reference
  • 1. Adinsyah, S. N. (2022). Jenis-jenis Ular.CV Media Edukasi Creative 2. Das, I. (2012). A Naturalist's Guide to the Snakes of South-east Asia: Including Malaysia, Singapore, Thailand, Myanmar, Borneo, Sumatra, Java and Bali. John Beaufoy. 3. DBP. (2020). Kamus Dewan Perdana. Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Gilreath, C. T. (1993). Onometrics: The formal evaluation of terms. ASTM Special Technical Publication, 1166(1), 75-75. 5. Ismail, A. K., Wah, T. E., Das, I., Vasaruchapong, T., & Weinstein, S. A. (2022). Land snakes of medical significance in Malaysia (Vol 3). Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). 6. Ismail, A. K., Wah, T. E., Das, I., Vasaruchapong, T., & Weinstein, S. A. (2017). Land snakes of medical significance in Malaysia (Vol 2). Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS). 7. Koopman, A. (2017). Surname dynamics in avian nomenclature. Nomina Africana: Journal of African Onomastics, 31(2), 141-152. 8. Mai. T. T. T. (2019).Semantic nuances f vietnamese lexical units and the teaching of these units to foreign students. Journal of Science: Social Sciences and Humanities, 16(7), 168-178. 9. Mulyanto, D., Iskandar, J., Madani, A., Gunawan, R., & Partasasmita, R. (2020). Folk name and lore of birds from the Sundanese of West Java, Indonesia: An ethno-ornithological survey. Biodiversitas Journal of Biological Diversity, 21(9). 4384-4395. 10. Shaw, P. (2016). Three types of zoological common names and their formation-processes. Nordic Journal of English Studies, 15(2), 171-187. 11. Skrebova, E. G., Martynova, Y. A., & Bokova, M. M. (2022). Systemic and linguistic principles of the analysis of texts of the english-language automobile media discourse in the aspect of the category of descriptiveness. Russian Linguistic Bulletin, 2 (30). 1-4. 12. Šokčevičová, H. (2015). An Analysis of Compound Plant Names. [Thesis]. The University of South Bohemia 13. Subramanian Alagappan. (2022). The Names of Land, Field, and Soil in Madurai District – A Linguistic Study. Language in India, 22 (12). 14. Syafitri, H., Franco, F.M., Suhaimi, A. (2022). Folk Plant Names Are Condensed Forms of Traditional Knowledge: Case Study with the Urang Kanekes of Banten, Indonesia. In: Franco, F.M., Knudsen, M., Hassan, N.H. (eds) Case Studies in Biocultural Diversity from Southeast Asia. Asia in Transition, vol 19. Springer, Singapore. 15. Zörnig, P., Stachowski, K., Popescu, I. I., Miangah, T. M., Mohanty, P., Kelih, E., ... & Altmann, G. (2014). Descriptiveness, activity and nominality in formalized text sequences: Studies in Quantitative Linguistics. Lüdenscheid