Penggunaan analisis faktor bagi menentukan faktor pendorong kemiskinan isi rumah di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia
List of Authors
  • Mohd Sahrul Syukri , Narimah Samat , Nurul Farahein

Keyword
  • Analisis faktor, kemiskinan, halangan, isi rumah

Abstract
  • Isu kemiskinan telah menjadi satu topik permasalahan utama dalam sesbuah negara kerana ianya bergantung kepada sumber pendapatan. Unit Perancang Ekonomi menilai kemiskinan isi rumah berdasarkan kepada pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan perbelanjaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor pendorong yang mempengaruhi kecenderungan tahap kemiskinan isi rumah di kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia. Metodologi kajian ini diperolehi daripada borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada 302 responden isi rumah di wilayah utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Penggunaan analisis faktor menerbitkan 15 sub-faktor pendorong yang mempengaruhi kecenderungan tahap kemiskinan isi rumah. Keputusan analisis faktor berjaya membangkitkan satu faktor pendorong baru hasil gabungan item daripada pembolehubah asal. Faktor pendorong baru ini dinamakan halangan. Meskipun analisis faktor dapat membentuk pembolehubah baru, namun wujud satu pembolehubah asal iaitu kebebasan digugurkan dari kajian ini. Item asal dalam pembolehubah ini berkorelasi dengan baik dalam konstruk lain. Kesemua 15 sub-faktor pendorong diklasifikasikan semula berdasarkan senarai pendek yang diperolehi. 15 sub-faktor pendorong ini disusun mengikut nilai eigenvalue tertinggi sebagai pembolehubah tidak bersandar bagi menerangkan pembolehubah lain. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini mendapati model pemilikan rumah, persepsi akses pendidikan, kesihatan, pengurusan kewangan dan kemudahan lain yang disediakan merupakan faktor pendorong yang dominan mempengaruhi tahap dorongan kelompok kemiskinan isi rumah.

Reference
  • 1. Aisyah & Ibrahim. (2015). Analisis Keperluan untuk Penentuan Bantuan Program Pembangunan Keluarga Miskin dan Miskin Tegar: Kajian Kes di Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu Malaysia. Journal of Human Development and Communication 4(2015), 75-94.
    2. Alkire, S. & Foster, J. (2007, revised in 2008). Counting and multidimensional poverty measurement. OPHI Working Paper 7, University of Oxford.
    3. An Gie Yong & Sean Pearce. (2013). A Beginner’s Guide to Factor Analysis: Focusing on Exploratory Factor Analysis. Tutorials in Quantitative Methods for Psychology, 9(2), 79-94.
    4. Austin, J., Stevenson, H., & Wei-Skillern, J. (2006). Social and commercial entrepreneurship: same, different or both? Entrepreneurship Theory & Practice, 30 (1), 1-22.
    5. Bahagian Perancangan Strategik. (2018) . Data Asas KPLB Suku Pertama 2018. Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Putrajaya.
    6. Chua Yan Piaw. (2006a). Kaedah dan statistik penyelidikan buku 1: Kaedah penyelidikan. McGraw-Hill Education Sdn. Bhd.
    7. Chua Yan Piaw. (2006b). Kaedah dan statistik penyelidikan buku 2: Kaedah penyelidikan. McGraw-Hill Education Sdn. Bhd.
    8. EPU-UNDP Malaysia. (2007). Malaysia: Measuring and Monitoring Poverty and Inequality. Kuala Lumpur: UNDP.
    9. Farrah & Hasnah. (2009). Analisis Faktor Mempengaruhi Ketakseimbangan Ekonomi Wilayah di Malaysia. Prosiding Perkem IV, Jilid 1 (2009), 118 – 141 ISSN: 2231 – 962X.
    10. Field, A. P. (2005). Discovering statistics using SPSS (2nd edition). London: Sage.
    11. Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., dan Black, W. C. (2010). Multivariate data analysis seventh edition. New York: Prentice Hall International Inc.
    12. Mat Zin, R. (2011). Measuring and Monitoring Poverty and Inequality: The Malaysian experience. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
    13. Mohd Ayop Abd Razid. (2013). Kejayaan Malaysia dalam Program Basmi Kemiskinan. Jabatan Penerangan Malaysia: Bahagian Penerbitan Dasar Negara.
    14. Norzita, J. & Hadijah, N. (2014). Realiti kemiskinan: Satu kajian teoritikal. Jurnal Ekonomi Malaysia 48:167-177.
    15. Pallant, J. (2010). A step by step guide to data analysis using SPSS 4th edition. Australia: Allen & Unwin.
    16. Rahim Utah. (2013). IBM SPSS STATISTICS for window.ebook-SPSSversi21-2013.
    17. Rosseni Din. 2010. Manuskrip analisis data kuantitatif dalam kajian pembinaan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    18. Siti Hadijah Che Mat, and Roslan A.Hakim, and Siti Norliza Jumali, (2012) Indeks kemiskinan pelbagai dimensi sebagai alternatif pengukuran kemiskinan:kajian kes di daerah Baling, Kedah. Jurnal Ekonomi Malaysia, 46 (1). pp. 3-12. ISSN 0127-1962.
    19. Supranto, J. (2004). Analisis Multivariat Arti dan Interpretasi. Jakarta: PT Rineka Cipta.
    20. Suriani Hassan & et al,. (2012). Using Factor Analysis on Survey Study of Factors Affecting Students Learning Styles. International of Applied mathematics and Informatics. 1(6), 33-40.
    21. Tabachnick, B., G. and Fidell, L., S.(2007). Using multivariate statistics fifth edition. Pearson/Allyn & Bacon. Boston.
    22. Thompson, B. (2004). Exploratory and confirmatory factor analysis. Washington, DC: American Psychological Association.
    23. Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia ke-11. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri Malaysia. http://rmk11.epu.gov.my/pdf/kertas-strategi/Kertas%20Strategi%2002.pdf (diakses pada 31 Oktober 2016).
    24. Unit Perancang Ekonomi (2013). Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
    25. Wiratmanto. (2014). Analisis Faktor dan Penerapannya dalam Mengidentifikasi Faktor-faktor yang mempengaruhi Kepuasan Konsumen terhadap Penjualan Media Pembelajaran. Universitas Negeri Yogyakarta.