Kesediaan Guru Pemulihan Khas Terhadap Kemahiran 3m Murid Selepas Pandemik Di Daerah Padawan
List of Authors
  • Josephine Jouse, Khairul Azhar Jamaludin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Sejak penutupan sekolah sepanjang pandemik berlaku, negara Malaysia mendepani isu keciciran pembelajaran iaitu masih ramai murid belum menguasai kemahiran 3M murid. Satu kajian tinjauan dijalankan untuk melihat kesediaan dari segi pengetahuan dan sikap guru Pemulihan Khas dalam pelaksanaan program Pemulihan Khas selepas pandemik. Kajian ini melibatkan 67 buah sekolah rendah di dalam daerah Padawan, Sarawak. Seramai 62 orang responden yang dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah. Satu kajian rintis dijalankan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang melibatkan seramai 44 orang guru Pemulihan Khas. Instrumen soal selidik diedarkan dengan menggunakan aplikasi Google Form. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi 26 item soal selidik menunjukkan Alpha Cronbach dengan nilai 0.99. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah inferensi melalui perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 29.0. Dapatan kajian menunjukkan nilai skor min keseluruhan bagi domain pengetahuan (min= 4.15, SP=0.42) dan domain sikap guru (min= 4.23, SP=0.43). Dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan signifikan antara pengetahuan dan sikap guru Pemulihan Khas dengan pengalaman mengajar literasi dan numerasi dalam melaksana program Pemulihan Khas selepas pandemik. Kajian ini akan memberi gambaran tahap kesediaan guru Pemulihan Khas di daerah Padawan.


Reference
  • No Data Recorded