Perspektif global terhadap perlindungan pengguna melalui undang-undang keselamatan makanan
List of Authors
  • Ganesan, Thiyagu , Rajamanickam, Ramalinggam

Keyword
  • makanan, keselamatan makanan, pengguna, perundangan

Abstract
  • Makanan merupakan keperluan asas kepada semua habitat di dunia ini. Walau bagaimanapun, dalam arena globalisasi ini makanan menjadi lebih kompleks dan komplikasi pelbagai bahan kimia yang berbahaya kepada manusia. Isu keselamatan makanan, sama ada virus dalam bahan mentah, cara pemprosesan yang tidak menepati undang-undang ataupun makanan segera yang kurang khasiat sudah menjadi isu global yang hangat diperkatakan. Mendapatkan produk dan perkhidmatan yang selamat digunakan adalah salah satu hak pengguna yang utama di mana secara umumnya, para pengeluar mempunyai tugas yang tersendiri untuk menawarkan produk makanan yang selamat kepada pengguna. Namun, masalah keselamatan makanan tidak pernah hilang paparan di media massa di seluruh negara. Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan makanan di sekolah dan baru-baru ini pula E-coli yang menjadi raja maut kepada pengguna yang menggemari sayur-sayuran. Persoalanya, adakah pengeluar mengutamakan keselamatan produk makanan dan menjaga kebajikan pengguna. Rentetan itu, penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada dua isu utama. Pertamanya, akan ditinjau bagaimana peranan instrumen antarabangsa dalam mengatasi isu berkaitan keselamatan makanan dan adakah perundangan yang sedia ada mencukupi bagi menyelesaikan masalah? Keduanya, tinjauan terhadap perundangan domestik di beberapa negara seperti UK, Australia, China, Malaysia dan India bagi mengetahui adakah perundangan mencukupi bagi menjaga kebajikan dan kepentingan pengguna dalam aspek keselamatan makanan. Akhirnya, penulisan ini akan memperlihatkan kekurangan yang terdapat dalam aspek keselamatan makanan dan langkah-langkah yang komprehensif dan drastik bagi mengatasi isu-isu yang lahir daripada produk makanan yang kurang selamat dan memudaratkan kesihatan di Malaysia.

Reference
  • 1. Alston, P. & Tomasevski, K. 1984. The Right to Food. In International Studies in Human Rights, 21-31. Leiden: Martinus Nijhoff Publishers.
    2. Echols, M. A. 2001. Food Safety and the WTO: The Interplay of Culture, Science and Technology. The Netherlands: Kluwer Law International.
    3. Gerkens, M. W. & Gerkens, R. J. 1985. Food Law in Australia. Sydney: The Law Book Company Limited.
    4. Horny. A, S. & Asmah Haji Omar. 2000. Oxford Fajar Advanced Learner’s English Dictionary. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
    5. Laws on Food Adulteration: A Critical Study with Special Reference to the Food Safety and Standards Act, 2006. ILI Law Review 1(2010):1, 163, 173.
    6. Mohana Priya. 2002. Kesihatan/Keselamatan : Makanan Berkhasiat. Jurnal Pengguna Malaysia 4 (December):12.
    7. Negri, S. 2009. Food safety and global health: An international perspective. Journal for the New Health Security Paradigm: 3.
    8. Rae, I., Thomas, J & Vidar, M. 2007. Studies in Development Economic and Policy, United Nations University. In The Right to Food as a Fundamental Human Right: FAO’s Experience. Hampshire: Palgrave Macmillan.
    9. Salawati Mat Basir. 2011. Perjanjian Perdagangan di Bawah WTO: Isu isu yang mengundang ketidakadilan kepada negara-negara anggota OIC. Jurnal Undang-undang dan Masyarakat: 119-134.
    10. Virgina Journal of International Law (2011)51: 637, 651-653.
    11. Webster’s Third New International Dictionary. 1993. hlm 884.