Perlindungan hak asasi manusia: Palestin sebagai korban dwistandard dan hipokrasi barat
List of Authors
  • Wan Roslili Abd. Majid

Keyword
  • Hak asasi manusia, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Palestin, Barat

Abstract
  • Perang Dunia Kedua (1939 – 1945) yang mengorbankan antara 44,500,000-77,000,000 nyawa dan mengakibatkan penderitaan besar kepada penduduk dunia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima UDHR pada 10 Disember 1948. Deklarasi ini sekaligus dapat memenuhi hasrat pemimpin dunia untuk menyempurnakan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada masa ia sama, UDHR menggariskan pelan hala tuju yang dapat menjamin hak setiap individu di mana juga ia berada. Deklarasi berkenaan antara lain meliputi jaminan hak untuk hidup, kebebasan manusia, perlindungan daripada diskriminasi dan penyeksaan, kesetaraan di sisi undang-undang dan sebagainya. Walau bagaimanapun, jaminan perlindungan hak setiap individu dan masyarakat atau bangsa hanya tinggal dalam instrumen hak asasi manusia semata-mata. Pada hakikatnya, ia tidak terpakai atas sebahagian bangsa, penganut agama atau etnik. Masyarakat dunia sekian lama menjadi saksi bangsa dan etnik tertentu seperti Palestin yang menjadi korban kezaliman yang tiada noktah. Ironinya pula, pada tahun yang sama UDHR diratifikasi, rakyat Palestin ditimpa mala petaka besar, iaitu peristiwa Nakbah yang memusnahkan lanskap serta struktur masyarakat mereka. Perlindungan hak asasi yang tidak bersifat menyeluruh ini jelas menggambarkan hipokrasi dan sikap dwistandard barat terhadap perjuangan serta perlindungan hak asasi. Penulisan ini akan memberikan tumpuan pada instrumen dan isu semasa hak asasi manusia antarabangsa berkaitan yang menuntut ketegasan masyarakat dunia, khususnya dunia Islam untuk mengatasinya.

Reference
  • 1. A Brief History of Human Rights. (n.d.). Retrieved 28 December, 2022, from United for Human Rights: https://www.humanrights.com/what-are-human-rights/brief-history/the-united-nations.html

    2. Al-Jazeera. (31 Dec, 2022). Retrieved 7 February, 2023, from UN seeks ICJ opinion on Israel’s illegal occupation of Palestine: https://www.aljazeera.com/news/2022/12/31/un-seeks-icj-opinion-on-israels-illegal-occupation-of-palestine

    3. Al-Raisuni, A. (2016). Kebebasan dan Pembebasan - Perbahasan dalam Konteks Maqasid Shariah. (M. K. Ismail, Trans.) Shah Alam, Selangor: Institut Darul Ehsan.

    4. Hamid, M. A. (2019). September yang Hitam di Sabra dan Shatila. MalaysiaKini. Retrieved 29 December, 2022, from https://www.malaysiakini.com/letters/492005

    5. International, A. (2022). Israel’s Apartheid against Palestinians – Cruel System of Domination and Crime against Humanity. London: Amnesty International.

    6. Jewish Virtual Library. (n.d.). Retrieved 30 December, 2022, from Israeli War of Independence: Plan Dalet: https://www.jewishvirtuallibrary.org/plan-dalet-for-war-of-independence-march-1948

    7. Legal Information Institute. (n.d.). Retrieved 7 February, 2023, from Right: https://www.law.cornell.edu/wex/right

    8. Majid, W. R. (2015). Rights Demanded by LGBT People: A Preliminary Refutation. TAFHIM IKIM Journal of Islam and the Contemporary World, 8, 37-61.

    9. Majid, W. R. (2022). Hak Asasi Manusia Perbezaan antara Pandangan Alam Islam dengan Barat. Retrieved 7 February, 2023, from Jabatan Agama Islam Selangor: https://www.jais.gov.my/v2/page.php?s=hak-asasi-manusia-perbezaan-antara-pandangan-alam-islam-dan-barat

    10. Marks, S. P. (2017). Human Rights: A Brief Introduction. Cambridge. Retrieved 7 February, 2023, from https://cdn1.sph.harvard.edu/wp-content/uploads/sites/134/2017/07/ Human-Rights-A-brief-intro-2017.pdf

    11. Masalha, N. (2008). Remembering the Palestinian Nakba: Commemoration, Oral History and Narratives of Memory. Holy Land Studies, 123-156.

    12. Middle East Monitor. (27 December, 2022). Retrieved from Israel courts issued 600 house arrest orders against Palestinian children in 2022: https://www.middleeastmonitor. com/20221227-israel-courts-issued-600-house-arrest-orders-against-palestinian-children-in-2022/

    13. Rozali, E. A. (2011). Perang Dunia Pertama, Deklarasi Balfour dan Kesannya terhadap Palestin. International Journal of West Asian Studies, 19-39.

    14. Said, E. W. (1999). Palestine: Memory, Invention and Space. In The Landscape of Palestine: Equivocal Poetry (pp. 3-20). Birzeit: Birzeit University Publications.

    15. Ulkar Aliyeva, N. B. (2020). Mapping Anti-Muslim Hatred and Its Impact on Freedom of Religion or Belief. Essex: University of Essex Human Rights Centre Clinic.

    16. United Nations. (n.d.). Retrieved from Universal Declaration of Human Rights: https://www.un.org/en/about-us/udhr/history-of-the-declaration

    17. United Nations Human Rights Office of the High Commissioner. (n.d.). Retrieved from The Universal Declaration of Human Rights now available in more than 500 languages and dialects: https://www.ohchr.org/en/stories/2016/11/universal-declaration-human-rights-now-available-more-500-languages-and-dialects

    18. Vincent, R. (1986). Human Rights and International Relations. Cambridge: Cambridge University Press.

    19. Watch, H. R. (2021). A Threshold Crossed Israeli Authorities and the Crimes of Apartheid and Persecution. New York: Human Rights Watch