Narrative structure, intensity, narrative elements, beat elements, film language
Abstract
Skrip merupakan asas dalam pembentukan sesebuah filem. Beberapa pengkaji terdahulu telah merungkaikan secara terperinci permasalahan dalam penghasilan skrip di Malaysia. Namun sepanjang penyelidikan yang telah dilakukan, tiada pengkaji yang menyentuh tentang kepentingan dan pembentukan elemen beat dalam babak dua secara khususnya. Justeru kajian ini merungkai kepentingan elemen beat dalam babak dua menerusi filem aksi J Revolusi (2017). Ia juga mengkaji tahap intensiti yang bersesuaian dengan durasi dalam adegan aksi bagi menimbulkan kesan keterujaan dan cemas pada audien. Analisis beat dilakukan menggunakan pendekatan struktur tiga babak Blake Snyder (2005) yang memfokuskan elemen beat babak kedua dalam filem aksi terpilih. Elemen beat tersebut terdiri daripada break into two, b story, fun & games, mid point, bad guys close in, all is lost, dark night of the soul dan break into three. Kutipan data juga dilakukan melalui temubual bersama pengarah dan penulis skrip filem aksi tersebut. Kajian ini mendapati elemen beat yang diperkenalkan oleh Blake Snyder penting bagi menjadikan aliran penceritaan sesebuah filem aksi itu lebih menarik dan tidak membosankan audien. Didapati tahap intensiti dan durasi adegan juga penting bagi memastikan kekuatan beat sesebuah adegan filem. Selain itu, kajian ini juga mendapati elemen naratif seperti watak perwatakan dan konflik memainkan peranan penting dalam pembentukan beat sesebuah penceritaan. Kajian ini mampu memberikan faedah kepada penulis skrip dalam menghasilkan sebuah skrip filem aksi yang baik. Ia memberi panduan kepada mereka untuk menyusun elemen naratif bagi memastikan adegan pembentukan beat bagi sesebuah adegan dapat dilakukan dengan berkesan.
Reference
1. Blake Snyder (2005) Save the Cat!: The Last Book on Screenwriting You’ll Ever Need. Michael Wiese Productions. USA.
2. Ibnu Setiawan. (2003). Rahsia Sukses Skenario Film-Film Box Office: 5 Langkah Jita Mengadaptasi Apa pun Menjadi Skenario Jempolan
3. Raja Omar Ibr.ahim. (1990). Syd Field (1982) Lakon layar : asas penulisan skrip.Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor.
4. Zaini Kosnin. (2014). Proposal Power. Storyseller Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
5. Zairul Anuar. (2015). Skrip Ke Skrin. Penerbit Universiti Malaysia Sabah. UMS Kota Kinabalu Sabah.
6. Zulkarnain Azhar, Pengarah Filem J Revolusi. (2017), Personal InterviewiKuala Lumpur pada 24 Mac 2017.