Integrasi Canva dalam Pengajaran Sejarah: Meningkatkan Minat dan Pemahaman Pelajar
List of Authors
Intan Farahana Kamsin, Rezuan Masatur
Keyword
Canva, pengajaran Sejarah, teknologi pendidikan, minat pelajar, pemahaman konsep
Abstract
Penggunaan teknologi digital dalam pendidikan kini menjadi keperluan utama dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, termasuk dalam mata pelajaran Sejarah yang sering dianggap membosankan serta berasaskan hafalan. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan penggunaan Canva sebagai alat bantu pembelajaran dalam meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif kajian kes melibatkan 29 orang pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian tidak berstruktur dan analisis dokumen, kemudian dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Canva berjaya meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap Sejarah melalui elemen visual, interaktiviti dan aktiviti kreatif. Penggunaan Canva juga didapati membantu pelajar memahami konsep sejarah yang kompleks melalui infografik, garis masa serta visualisasi peristiwa. Walau bagaimanapun, terdapat cabaran seperti kekangan capaian internet, kemahiran teknikal pelajar dan masa penyediaan tugasan yang panjang. Kajian ini mencadangkan strategi peningkatan integrasi teknologi serta penambahbaikan infrastruktur digital bagi memastikan penggunaan Canva dalam pengajaran Sejarah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.