Faktor pendorong penglibatan belia dalam perniagaan pasar malam di Pekan Changlun, Kedah
List of Authors
Mohamad Yuszaini Yusof , Sharifah Sofiah Syed Ibrahim
Keyword
belia, perniagaan, pasar malam
Abstract
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor pendorong peniaga belia dan yang berniaga di Pasar Malam Changlun, Kedah. Belia merupakan golongan yang penting untuk membangunkan sektor ekonomi negara pada masa kini dan hadapan. Belia harus diberi galakan agar mereka dapat menyumbang kepada perkembangan Industri Kecil dan Sederhana negara. Metodologi kajian menggunakan data deskriptif dan bentuk persampelan bertujuan. 86 orang responden dipilih dari populasi seramai 110 orang peniaga dalam kategori belia (18-40 tahun) yang mendaftar di Bahagian Pendaftaran Perniagaan di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Antara hasil kajian yang dikenalpasti ialah belia melibatkan diri dalam perniagaan pasar malam disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh keluarga, pendapatan, pengalaman semasa disekolah, dan telah mendapat latihan dan kursus perniagaan. Dicadangkan agar program yang membantu beliau menguruskan perniagaan harus diperhebatkan lagi dan mereka perlu diberi motivasi agar mereka berdaya saing, tidak mengalah dan sanggup menghadapi cabaran jatuh bangun ekonomi negara dan perniagaan. Usaha beliau untuk berniaga harus dihargai kerana usaha gigih mereka dapat merancakkan sektor peniagaan ini dan dapat meningkatkan kualiti hidup belia dan kelauarga mereka lebih-lebih lagi diluar bandar. Usaha beliau untuk berniaga ini adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional.
Reference
1. Effendi, M. (2014). Kajian pasar malam dalam rangka upaya memasarkan produk daerah di Kabupaten Kutai Kartanegara. Kalimantan Timur: Universitas Mulawarman Samarinda.
2. Fauzilah Salleh, Noryati Yaakub, Kamariah Yunus, Mazuri Abd Ghani & Wan Kuntom Wan Sulong. (2012). Factors Influencing the Night Market Traders’ Performance in. International Journal of Business and Manegement, 32-39.
3. Green, F. (2013). Youth entrepreneurship. OECD (pp. 1-33). United States: OECD.
4. Hou, J. (2007). Night Market and the Reconstruction of Public Realm in Seattle’s Chinatown-International District. Proceedings of the 6th Conference of the Pacific Rim Community Design Network, 1-6.
5. Khalilah Zakariya. (2010). Walking through night markets: a study on experiencing everyday urban culture. The 11th International Joint World Cultural Tourism Conference, 1-11.
6. Khursiah Abd. Aziz & Lye Wai Yeng. (2011). Exploring the potential of night market as a tourist attraction. International Journal of Business and Social Science, 146-157.
7. Khursiah Abd. Aziz & Avini Sapindal. (2012). Customer buying behaviour at a night market. Interdisciplinary Journal of Contemporary research in business, 377- 394.
8. Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970) Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
9. Lee Ai Chu. (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong Peniaga Untuk Berniaga Di Pasar Malam Di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
10. Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz & Amri Ahmad. (2013). Dynamism of a night market. Journal of Case Research in Business and Economics, 1-15.
11. Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz & Rohaizah Abdul Latif. (2012). Typology Night markets in Malaysia. Journal of Case Research in Business and Economics, 1-10.
12. Othman Chin & Mohd Zainal Munsyid Harun. (2015). Night market: A platform for creating new entrepreneurs. Humanities and Social Sciences, 32-36
13. Yu, S. D. (2004). Hot and noisy Taiwan's Night market culture. The minors art of daily life: Popular culture in Taiwan, 129-149.