Tahap Keberkesanan KBAT Melalui Pembelajaran Sejarah dalam Mengukuhkan Penghayatan Identiti Nasional di Kalangan Murid Sekolah Menengah
List of Authors
  • Ahmad Nasran Mohd Zahari, Anuar Ahmad

Keyword
  • KBAT, Identiti Nasional, Pembelajaran Sejarah

Abstract
  • Pelaksanaan KBAT dalam pendidikan hari ini dilihat sebagai satu keperluan bagi memastikan sistem pendidikan sentiasa bergerak seiring dengan arus kemajuan dunia. Identiti nasional dasarnya mempunyai kepentingan yang tersendiri untuk terus diperkukuhkan dalam diri setiap warganegara. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai tahap keberkesanan KBAT melalui pembelajaran sejarah dalam mengukuhkan penghayatan identiti nasional di kalangan murid sekolah menengah. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan KBAT melalui pembelajaran sejarah dan tahap penghayatan identiti nasional di kalangan murid sekolah menengah. Objektif ketiga adalah untuk menghurai secara deskriptif tahap keberkesanan KBAT melalui pembelajaran Sejarah dan tahap penghayatan identiti nasional di kalangan murid sekolah menengah. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dan melibatkan seramai 160 orang murid sekolah menengah. Dapatan kajian mendapati bahawa semua bahagian dalam konteks tahap keberkesanan KBAT secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Tahap penghayatan identiti nasional kalangan murid sekolah menengah menunjukkan berada pada tahap sangat tinggi secara keseluruhannya. Kajian ini turut mendapati bahawa minat murid terhadap pembelajaran Sejarah berada pada tahap tinggi manakala elemen perkaitan antara kandungan pembelajaran sejarah berkaitan identiti sejarah secara keseluruhannya berada pada tahap sangat tinggi. Justeru, kajian ini dilihat turut mengaitkan dengan konteks Rancangan Malaysia ke-13(RMK-13). Cadangan kajian pada masa akan datang boleh dilaksanakan dengan lebih besar dari aspek jumlah responden serta memberi tumpuan terhadap keseluruhan identiti nasional secara lebih meluas. Implikasi kajian ini semestinya mampu menyumbang maklumat yang tepat dan sahih kepada pihak berkepentingan dalam memastikan penjiwaan dan penghayatan terhadap identiti nasional dapat terus diperkukuhkan sepanjang masa dalam kalangan warganegara.

Reference
  • No References Recorded