Impak ketidakakuran sivil terhadap landskap politik Malaysia
List of Authors
  • Mohammad Agus Yusoff , Zawiyah Mohd Zain

Keyword
  • Ketidakakuran sivil, pilihan raya, politik Malaysia, reformasi, demokrasi

Abstract
  • Gerakan Reformasi tercetus apabila rakyat bangkit berdemonstrasi di ibu kota Kuala Lumpur pada tahun 1998 bagi membantah pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Bantahan tersebut dipelopori oleh golongan muda, mahasiswa dan masyarakat sivil. Namun, gerakan Reformasi hampir mati di permulaan era pemerintahan Abdullah Badawi. Ini kerana rakyat gembira dan terpesona dengan janjinya membawa perubahan politik negara untuk mengukuhkan demokrasi dan menegakkan integriti. Maka, Barisan Nasional (BN) memperoleh mandat besar dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) pada tahun 2004 yang merupakan pencapaian terbaik parti tersebut dalam sejarah politik Malaysia. Begitupun, sepinya Kuala Lumpur tidak lama kerana ketidakakuran sivil kembali menjadi pemandangan biasa di hujung pemerintahan Abdullah dan semakin marak di era Najib Razak. Persoalannya, apakah faktor yang mendorong kepada berlakunya ketidakakuran sivil tersebut? Sejauh manakah impak ketidakakuran sivil terhadap politik Malaysia? Makalah ini menggunakan data sekunder seperti buku dan jurnal untuk mendapatkan maklumat kajian. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan dibincangkan secara tematik. Makalah ini berhujah ketidakakuran sivil menyebabkan kerajaan BN akur dengan tuntutan penambahbaikan proses demokrasi dan keadaan inilah yang membuka ruang kepada gabungan oposisi untuk mempromosikan kempen politiknya. Hasilnya, dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018, BN buat pertama kalinya tewas setelah 61 tahun memerintah negara.

Reference
  • 1. Abdul Rashid Moten. (2009). 2008 General Elections in Malaysia: Democracy at work, Japanese Journal of Political Science 10 (1), 21-42.
    2. Bedau, H.A. (1991). Introduction. Dlm. H.A. Bedau (ed.), Civil disobedience in focus. London: Routledge, pp. 1-13
    3. Berita Harian. (2016). Tun M sertai 2,000 peserta bantah GST di KL. Berita Harian, 2 April 2016. www2.beritaharian.com [14 Mei 2019].
    4. Berita Harian. (2017). Kes seleweng dana awam: 2 bekas pegawai Shafie dibebas. Berita Harian, 24 Oktober, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/10341245/kes-seleweng-dana-awam-2-bekas-pegawai-shafie-dibebas [14 Mei 2019].
    5. Bersih 2.0. (2018). Endorsing NGOs. http://www.bersih.org/about/ngos/ [15 Mei 2019].
    6. Brown, G.K. (2004). Civil society and social movements in an ethnically divided society: The case of Malaysia, 1981-2001. Tesis PhD, University of Nottingham.
    7. Brown, M.P. (2005). Matters of conscience: Justice and protest in society. Disertasi PhD, University of Minnesota.
    8. Chin, J. & Wong Chin Huat. (2009). Malaysia’s electoral upheaval, Journal of Democracy 20 (3), 71-85.
    9. Farish A. Noor. (1999). Looking for Reformasi: The discursive dynamics of the Reformasi movement and its prospects as a political project, Indonesia and The Malay World, 27 (77), 8-15.
    10. Felker, G. (1999). Malaysia in 1998: A cornered tiger bares its claws, Asian Survey 42(1), 43-54.
    11. Gomez, J. (2014). Social media impact on Malaysia’s 13th general election, Asia Pacific Media Educator 24 (1), 95–105
    12. Hill, D.T. & Sen, K. (2005). The Internet in Indonesia’s new democracy. London: Routledge.
    13. Jasri Jamal & Nor Shazana Sedek Shah. (2013). Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736): Analisis dari sudut undang-undang jenayah Islam dan undang-undang Malaysia, Kanun, Jurnal Undang- Undang Malaysia, 60-82.
    14. Lim Hong Siang. (2017). Tsunami Melayu: Retorik atau realiti? Malaysiakini, 30 November. https://www.malaysiakini.com/columns/403225 [15 Mei 2019].
    15. Malaysiakini. (2010). Demo Hari Buruh: Enam ditahan polis. Malaysiakini, 3 Mei https://www.malaysiakini.com/news/130703 [3 Jun 2019].
    16. Malaysiakini. (2016). Seleweng dana KBS, dua lagi ditahan SPRM. Malaysiakini, 24 Mac https://www.malaysiakini.com/news/335022 [3 Jun 2019].
    17. Malaysiakini. (2017). Himpunan antikleptokrat tamat, penganjur dakwa 25,000 hadir. Malaysiakini, 14 Oktober. https://www.malaysiakini.com/news/398319 [14 Mei 2019].
    18. Moniruzzaman, M.D & Farzana, K.F. (2018). Malaysia’ 14th general election: End of an epoch, and beginning of a new? Intellectual Discourse 29 (1), 207-228.
    19. Mustafa K. Anuar. (1999). Turning over? Sycophantic media prompts more and more Malaysians to seek views, Aliran Monthly 19 (5), 28-31.
    20. Ooi, Kee Beng. (2008). Lost in transition: Malaysia under Abdullah. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.
    21. Rawls, J. (1971). A Theory of Justice. Massachusetts: Belknap Press.
    22. Saravanamuttu, J. (2016). Power sharing in a divided nation: Mediated communalism and new politics in six decades of Malaysia’s elections. Singapore: ISEAS Publishing.
    23. Syazana Hasanuddin. (2017). UMNO khianati Felda, MARA dan Tabung Haji. Roketkini.com, 8 Februari. https://www.roketkini.com/2017/02/08/umno-khianati-felda-mara-dan-tabung-haji/ [13 Mei 2019].
    24. Smith, W. (2004). Democracy, deliberation and disobedience, Res Publica 10, 353-377.
    25. Storck, M. (2011). The role of social media in political mobilisation: A case study of the January 2011 Egyptian uprising. Tesis M.A, University of St. Andrews, Scotland.
    26. Suruhanjaya Pilihan Raya. (1999). Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
    27. Suruhanjaya Pilihan Raya. (2006). Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
    28. Suruhanjaya Pilihan Raya. (2008). Laporan Pilihan Raya Umum ke-12, 2008. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.
    29. Suruhanjaya Pilihan Raya. (2013). Keputusan Pilihan raya umum 2013. http//:www.spr.gov.my [3 Jun 2019].
    30. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (2018). Keputusan pilihan raya umum 2018. http//:www.spr.gov.my [3 Jun 2019].
    31. Tan Lee Ooi. (2010). Dinamik ruang siber dalam gerakan Reformasi di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
    32. The Star. (2018). BN Manifesto: A vision for the nation. The Star, 7 April. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/04/07/bn-manifesto-a-vision-for-the- nation [3 Jun 2019].
    33. Weiss, M.L. (1999). What will become Reformasi? Ethnicity and changing political norms in Malaysia, Contemporary Southeast Asia 21(3), 424-427.
    34. Weiss, M.L. (2003). Overcoming race-based politics in Malaysia: Establishing norms for deeper multiethnic co-operation. Dlm. Ho Khai Leong & James Chin (eds.). Mahathir’s administration: Performance and crisis in governance. Singapore: Times Books International, pp. 62-99
    35. Weiss, M.L. (2006). Protest and possibilities: Civil society and coalitions for political change in Malaysia. Stanford: Stanford University Press.
    36. Wright, T. & Hope, B. (2018). Billion Dollar Whale. New York: Hachette Book Group.
    37. Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff. (2013). Civil disobedience and its impact on 2008 general election, Cotemporary Social Sciences, 22 (3&4), 91-106.
    38. Zawiyah Mohd Zain & Mohammad Agus Yusoff. (2015). The emergence of civil disobedience: A comparison during Dr. Mahathir and Abdullah Badawi’s Era, Mediterranean Journal of Social Sciences 6 (1), 279-285.