Kajian tentang Faktor Pemilihan Kursus Bahasa Mandarin dan Bahasa Sepanyol di Universiti Teknikal
List of Authors
Tan Hua An, Tan Tiam Lai
Keyword
Bahasa Mandarin, Bahasa Sepanyol, Universiti Teknikal
Abstract
Kajian ini mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus bahasa Mandarin dan bahasa Sepanyol dalam kalangan pelajar di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui soal selidik yang melibatkan 100 orang pelajar. Sebanyak lapan faktor dianalisis, iaitu kerjaya masa depan, tujuan komunikasi, masa depan diri, minat, budaya, pelancongan, keperluan akademik dan pengaruh luar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor intrinsik seperti tujuan komunikasi, kerjaya masa depan dan masa depan diri merupakan pendorong utama, manakala faktor ekstrinsik seperti pengaruh rakan sebaya dan keluarga kurang mempengaruhi keputusan pemilihan kursus. Kajian ini mencadangkan agar pengajar menekankan aplikasi praktikal bahasa dalam pengajaran untuk memastikan kursus bahasa asing kekal relevan. Kajian lanjutan dengan melibatkan faktor demografi disarankan untuk memperoleh gambaran yang lebih menyeluruh.