Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Sumber Dalam Mata Pelajaran Sejarah Terhadap Murid Tahun 5
List of Authors
  • Anuar Ahmad, Thilagah Rajinderan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5 di sebuah sekolah daerah Hulu Langat. Objektif kajian pula mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5 dan mengenal pasti perbezaan terhadap tahap keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan sumber berdasarkan jantina dalam mata pelajaran sejarah terhadap murid tahun 5. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan ujian pra dan ujian pos sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid sekolah rendah. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 30 orang murid kumpulan kawalan dan 30 orang murid kumpulan rawatan. Dapatan kajian bagi Ujian pra dan pos juga dianalisis menggunakan Ujian-t untuk menilai sama ada terdapat perbezaan bagi min skor ujian pra dan pos antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Justeru, hasil dapatan kajian ini membuktikan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan sumber dapat membawa perubahan yang ketara dalam membantu murid memahami mata pelajaran sejarah. Guru-guru hanya perlu meneroka pelbagai bahan dan kaedah supaya kaedah pembelajaran moden dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Selain itu, melalui kajian ini didapati bahawa jantina seseorang murid tidak memberi sebarang kesan terdapat tahap kefahaman murid.

    Katakunci: Kaedah pembelajaran sejarah, sumber, jantina


Reference
  • No Data Recorded