Buli siber: ketidaksantunan bahasa dan etika media sosial dalam kalangan remaja Malaysia
List of Authors
  • Azianura Hani Shaari , Mohammad Rahim Kamaluddin

Keyword
  • Buli siber, ketidaksantunan bahasa, ketidakpatuhan etika, analisis bahasa, kajian kes

Abstract
  • Buli siber merupakan satu amalan komunikasi melalui teknologi yang bertujuan untuk mengecam, mengganggu, memalukan atau mengugut mangsa melalui perkataan yang negatif, penyebaran maklumat palsu mahupun perkongsian gambar atau video yang boleh menjatuhkan imej si mangsa. Buli siber merupakan satu masalah global yang memberi kesan negatif, terutamanya dalam kalangan remaja yang merupakan pengguna media sosial utama. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan bagaimana unsur-unsur ketidaksantunan dalam berbahasa serta ketidakpatuhan etika media sosial boleh membawa kepada jenayah buli siber di kalangan remaja. Dengan menggunakan kaedah penceritaan dalam mengupas kes-kes terdahulu, kertas ini akan membincangkan tentang beberapa kejadian buli siber antarabangsa yang mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Selain dari itu, kertas ini juga membincangkan satu kajian terdahulu yang melihat corak ketidaksantunan bahasa dalam kalangan remaja Malaysia. Untuk mencapai objektif kajian, satu siri temubual serta pemerhatian telah dilakukan selama 12 bulan ke atas 120 orang remaja di Malaysia di mana 324, 362 perkataan telah berjaya dikumpulkan. Berdasarkan data yang diperolehi, penyelidik kemudiannya menjalankan satu analisis bahasa berasaskan teori ketidaksantunan (Culpeper 1996). Hasil kajian menunjukkan fenomena ketidaksantunan bahasa yang jelas dalam kalangan remaja di Malaysia. Kupasan kes beserta perbincangan hasil kajian yang dilakukan bersama teori-teori berkaitan diharap mampu memberi gambaran yang lebih jelas tentang jenayah buli siber dari sudut etika dan sosiobudaya serta amalan berbahasa dalam kalangan remaja.

Reference
  • 1. Asma Abdullah, (1996). Going Glocal: Cultural Dimensions in Malaysian Management, Kuala Lumpur: MIM.
    2. Asmah Haji Omar, (2017). An Analysis of the Concepts of Conflict and Conflict Resolution in Malay. Journal of Modern Languages, 9(1), 1-18.
    3. Aydin Coban sentenced in Dutch court to 10 years for online fraud, blackmail (2017). Mar 16, 2017. Retrieved [1.10.2018] from: http://www.cbc.ca/news/canada/british columbia/aydin-coban-sentenced-netherlands-online-fraud-blackmail-1.4027359 ,
    4. Azianura Hani Shaari, (2017). Language of the Digital Minds, Bangi: UKM Press. Brown, V. (2017). Cyberbullying: Words can hurt too. Retrieved [1.10.2018] from: https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/10/19/cyberbullying-words-can-hurt too/, 19 Oct 2017
    5. Brown, P. and Levinson, S.C., (1978). Universals in language usage: Politeness phenomena. In Questions and politeness: Strategies in social interaction. 56-311. Cambridge University Press.
    6. Che Hasniza Che Noh, Mohd Yusri Ibrahim, Fatimah Yussoff. (2018). Meneroka Ciri Dan Faktor Buli Siber Kalangan Remaja Di Malaysia. Penerbit UMT.
    7. Culpeper, J. (1996). Towards an anatomy of impoliteness. Journal of Pragmatics 25, 349–67.
    8. Cahute, L. (2012). Amanda Todd: Hundreds hear tributes from family, friends, teachers. The Province. Retrieved [1.10.2018] from: https://www.commissiononassisteddying.co.uk/amanda-todd/
    9. Dutch man charged in Amanda Todd case allegedly targeted 2nd Canadian child, Jan 25, 2017. Retrieved [1.10.2018] from: http://www.cbc.ca/news/canada/british columbia/amanda-todd-aydin-coban-1.3951334?cmp=rss
    10. Frankel, T. C. (2012). Megan Meier's mom is still fighting bullying, October 20, 2012. Retrieved [1.10.2018] from: stltoday.com
    11. Fatimah, N. and Zaenal, A., (2014). Strategi Ketidaksantunan Culpeper dalam Berbahasa Lisan di Sekolah. Dalam Prosiding Seminar Nasional Ketidaksantunan Berbahasa dan Dampaknya dalam Pendidikan Karakter. Cetakan Pertama. Surakarta: Muhammadiyah University Press.
    12. Ghani, N. M., & Ghazali, S. (2015). Tindak Balas Pengguna YouTube Terhadap Kes Buli dalam Kalangan Remaja di Malaysia. Sains Humanika, 6(1).
    13. Hainsworth, J. (2014). Dutch man's case linked to Amanda Todd, April 18, 2014. Retrieved [1.10.2018] from: MSN.com,
    14. Harding, L. (2008). They were ganging up on her, calling her fat and a wh***': the cyber bullying that got out of hand, Mail Online. April 12, 2008. Retrieved [1.10.2018] from: Dailymail.co.uk.
    15. Jessica Logan – The Rest of the Story, December 22, 2015, Retrieved [1.10.2018] from: http://nobullying.com/jessica-logan/
    16. Jessica Logan Suicide: Parents Of Dead Teen Sue School, Friends Over Sexting Harassment, March 18, 2010 , Retrieved [1.10.2018] from: https://www.huffingtonpost.com/2009/12/07/jessica-logan-suicidepar_n_382825.html
    17. Johnstone, B. (2010). Locating Language in Identity, in Llamas, C. and Watt, D (eds), Language and Identities. Edinburgh: Edinburgh University Press.
    18. Karim, M. F. A., Ismail, R., & Sukimi, M. F. (2017). Sub-budaya Mat Rempit dan perubahan sosiobudaya (Malaysian sociocultural change and t he Mat Rempit sub-culture). Geografia- Malaysian Journal of Society and Space, 5(3). pp. 26 – 43.
    19. Martins, Monisha, November 18, 2012. Amanda Todd celebrated in 'the birthday party she wanted'". Tri-City News.
    20. On the alert for cyberbullying, April 11, 2017, Retrieved [1.10.2018] from: https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/04/11/on-the-alert-forcyberbullying/
    21. Ryan Patrick Halligan Memorial, Retrieved [1.10.2018] from: http://www.suicide.org/memorials/ryan-patrick-halligan.html
    22. Ruxyn, T., Student In Penang Left A Suicide Note On Facebook Before Jumping To His Death, May 5, 2017, Retrieved [1.10.2018] from: http://says.com/my/news/taruc-student-left a-suicide-note-on-facebook-before-jumping-off-penang-flat
    23. The Story of Amanda Todd, Dean, M. October 18, 2012, Retrieved [1.10.2018] from: https://www.newyorker.com/culture/culture-desk/the-story-of-amanda-todd
    24. Tapscott, D. (2009), Grown Up Digital, USA: Mc Graw Hill. The Unforgettable Amanda Todd Story, May 19, 2017, Retrieved [1.10.2018] from: https://nobullying.com/amanda-todd-story/
    25. Zuhayati Yazid, SKMM terima 38 kes aduan kes buli siber dalam tempoh 11 bulan tahun ini, Utusan Melayu (M) Bhd, 8 November 2017. Retrieved [1.10.2018] from: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/skmm-terima-38-kes-aduan-kes-buli-siber dalam-tempoh-11-bulan-tahun-ini-1.548823#ixzz56JUAcvH7