Ayat tanya dalam Al-Quran: satu analisis pragmatik
List of Authors
  • Ibrahim Abdullah , Muhamad Zaidi Zakaria , Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad

Keyword
  • Ayat tanya, al-Quran, makna eksplisit, makna implisit, pragmatik

Abstract
  • Setiap ayat tanya yang dituturkan itu mengandungi makna tertentu, dan tidak semestinya membawa makna tujuan pertanyaan. Pentafsiran yang salah terhadap ayat tanya yang berbagai-bagai dalam bentuk pertuturan dan penulisan memberi implikasi terhadap ketepatan yang ingin disampaikan. Hal ini disebabkan ketepatan maksud ayat tanya seseorang misalnya tidak dapat diukur menerusi ungkapan semata-mata kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai maksud yang lain, bukan seperti yang diucapkan mengikut pemahaman pendengar ketika itu. Apatah lagi ujaran ayat tanya dalam Al-Quran yang sudah pasti mempunyai makna implisit yang begitu luas di samping ayat Al-Quran yang mempunyai nilai balaghah yang sangat tinggi. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menghuraikan makna eksplisit dan implisit yang terkandung dalam ujaran ayat tanya berdasarkan konteks. Kajian ini merupakan satu penyelidikan teks dokumen dari perspektif pragmatik yang menganalisis wacana lisan ayat tanya dalam surah al-Naml. Pengkaji melakukan penelitian terhadap variasi ayat tanya dan makna ayat berdasarkan konteks. Data kajian dianalisis berlandaskan Teori Relevan yang di kemukakan oleh Sperber dan Wilson (1986) dan diolah mengikut kesesuaian kajian teks Al-Quran berdasarkan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh ahli tafsir yang muktabar yang telah pun dipersetujui khususnya pendapat-pendapat di dalam bidang bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa ayat tanya dalam surah al-Naml bukan sahaja berfungsi sebagai pertanyaan tetapi sebagai pengungkap pelbagai fungsi lain seperti mempersenda, memberi amaran, dan mencela. Ujaran ayat tanya ini berfungsi dengan sempurna dalam usaha memberi kefahaman kepada pendengar dengan mesej tersirat yang mungkin tidak dapat disampaikan dengan gaya bahasa yang lain.

Reference
  • 1. Al-Quran
    2. Anne O'Keeffe, Brian Clancy, Svenja Adolphs. (2011). Introducing pragmatics in use. New York : Routledge.
    3. Al-Tabari. (Tafsir al-Tabari). (1997). Al-mŭsammá Jāmi' al-Bāyan fi ta'wil al-Qur'an. Dar al- Kutub al-'Ilmiyatt. Beirut: Lubnan.
    4. Asmah Haji Omar. (1986). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Birner, Betty J., (2013). Introduction to Pragmatics. Wiley-Blackwell, Oxford. Gunter Senft. (2014). Understanding pragmatics : an interdisciplinary approach to language use. New York : Routledge.
    6. Jad al-Kareem Abdullah. (2014). Al-Tadawuliyyatt Fi al-Dirasatt al-Nahwiyyatt. al-Qahiratt.
    7. Kristin Börjesson. (2014). The Semantics-Pragmatics Controversy. Berlin : De Gruyter Mouton.
    8. Leech, Geoffrey N. (2014). The pragmatics of politeness. New York : Oxford University Press. Levinson. (1987). Pragmatics. Cambridge: Cambridge University Press.
    9. Marina Sbisà, Ken Turner. (2013). Pragmatics of speech actions. Berlin : De Gruyter Mouton.
    10. Mohd Zaki Abd.Rahman et al. (2013). Balaghah Melayu Berdasarkan Balaghah Arab: Satu Pengenalan dalam Ilmu Ma’ani. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Mohd. Zaki Abd.
    11. Rahman & Che Radiah Mezah. (2015). Balaghah Melayu berdasarkan Balaghah Arab : satu pengenalan dalam ilmu Bayan. Serdang, Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
    12. Muhammad Ali al-Sobbuniy, (1980). Al-Tibyan fi Ulu al-Quran. Makah. Saiyid Hassan A’bbas Syarbatliy.
    13. Muhammad Ali al-Sobuniy, (1981). Sofwah al-Tafasir. Beirut: Dar al-Quran al-Karim.
    14. Muhammad Fauzi Jumingan. (2003). Penterjemahan Bahasa Figuratif Arab-Melayu: Satu Analisis Teori Relevans. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.
    15. Nor Hashimah. (1990). Semantik dan Pragmatik dalam Teori dalam Teori Relevan. Jurnal Dewan Bahasa, 34(6), 474-483.
    16. Nor Hashimah. (1992). Semantik Dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. D.B.P
    17. Siti Hajar Abdul Aziz. (2007). Bahasa Melayu Perbualan Dengan Berdasarkan Analisis Model Pragmatik Gabungan Tambahan. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Malaya.
    18. Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Pragmatik Linguistik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
    19. Soenjono Dardjowidjojo. (2007). Psikolinguistik: Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
    20. Sperber, D. dan Wilson, D. (1986) Relevance Theory: Communication and Cognition. Oxford:
    21. Basil Blackwell Publisher Ltd. Sumarlam. (2017). Pemahaman dan kajian pragmatik. Mojosongo,Solo : Bukukatta.
    22. Thomas, J. (1981). Pragmatic Failure. Lancaster: University of Lancaster Press
    23. Wan Muhammad Wan Sulong. (2013). Al-Tanawwu’ al-Lughawial-Ijtima’i fi Uslub al- Khitab al-Nabawi: Dirasah Tahliliyyah fi Namazij min Ahadith Sahih Muslim. Tesis Doktor Falsafah:
    24. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Yan Huang. (2015). Pragmatik. Kuala Lumpur : Legasi Press.
    25. Al- Zamakhsyari. (1988). Al Kāssyaf a’n Hāqaiq al Tānzil wa U’yun al Aqāwil fi Wŭjuh al Ta’wil. Maktabatt Misr, al Fujalah, Kaherah.
    26. Zaiton Ismail. (2003). Bahasa Berirama dari sudut pandangan Teori Lakuan Bahasa, Teori Grice dan Teori relevans. Dewan bahasa 3(1), 36-43.