Dasar kempen dan perundangan dalam menghapuskan pelanunan di Teluk Darvel 1852-1886: Satu kajian sejarah
List of Authors
  • Mohammad Firdaus Hasmin , Mohammad Sham Mohammad

Keyword
  • pelanunan, kempen penghapusan lanun, ordinan perundangan

Abstract
  • Kegiatan pelanunan menjadi salah satu isu penting dan diberi perhatian utama oleh British terutama di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu serta Laut Hindia. Kegiatan pelanunan ini dilakukan oleh para penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan kehadiran British yang menerokai kawasan mereka. Kehadiran British turut di kaitkan dengan dasar Imperialisme iaitu mencari tanah jajahan di Asia Tenggara. Sebelum kemunculan kuasa barat lagi, kegiatan pelanunan telah dilakukan sejak zaman Srivijaya sehingga kesultanan Sulu. Isu pelanunan telah menjadi penghalang British dalam menjalankan kegiatan perdagangan dengan aman disebabkan selalu menjadi sasaran. Oleh itu, British telah menjalankan beberapa dasar dan kempen penghapusan bagi menghapuskan amalan pelanunan ini. Artikel ini bertujuan mengkaji kempen penghapusan lanun yang dilaksanakan di Teluk Darvel. Selain itu, peranan British North Borneo Chattered Company (BNBCC) dalam menghapuskan saki baki pelanunan dengan pengubalan beberapa ordinan berkaitan laut menjadi fokus utama. Metodologi kajian digunakan adalah kualitatif dengan menggunakan beberapa sumber ordinan perundangan, jurnal, artikel, tesis dan buku. Hasil kajian mendapati peranan British dan BNBCC telah mewujudkan persekitaran selamat untuk berdagang dan menghentikan kegiatan pelanunan daripada terus berpanjangan di Teluk Darvel. Kepentingan kajian ini mendapati kualiti kepimpinan pihak British dan BNBCC lebih terbuka dan berjaya mengurangkan kegiatan pelanunan daripada terus menganggu ketenteraman awam.

Reference
  • 1. Adrian B. Lapian. 2009. Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut: Sejarah Kawasan, Laut Sulawesi Abad xix. Jakarta: Komunitas Bamboo. 2. Baszley Bee b. Basrah Bee, Sabihah Osman dan Nordin Sakke. 2009. Asas Kajian Persempadanan Negeri Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 3. Black, I. 1983. A Gambling Style of Government: The Establishment of the Chattered Company’s Rule in Sabah, 1878-1915. Great Britain: Oxford University Press. 4. British North Borneo Herald. 1883. 5. British North Borneo Herald. 1888. 6. British North Borneo Herald. 1893. 7. British North Borneo Herald. 1895. 8. British North Borneo Herald. 1896. 9. British North Borneo Herald. 1902. 10. British North Borneo Herald. 1905. 11. British North Borneo Herald. 1907. 12. British North Borneo Herald. 1912. 13. Buyong Adil. 2019. Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 14. C.O 874/240. Treacher to Sir Rutherford Alcock. 3 Mac 1886. 15. Daily Times September 19. Straits Times Land Journal 30 September 1879. Government Centrnary Publication Committee. 16. Handbook of British North Borneo: Compile from Report of the Governor and Officers of the Residential Staff in Borneo. 1886. London: William Clowes & Son limited. 17. Irwin, G. 1986. Borneo Abad ke Sembilan Belas. Terj. Mohd Nor Ghani dan Noraini Ismail, Selangor, Dewan bahasa dan Pustaka. 18. Ismail Ali. 2010. Viking Timur Di Kepulauan Borneo. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 19. Ismail Ali. 2013. Pemburuan hamba, perlanunan dan kempen penghapusan perlanunan di Sarawak daripada perspektif Maritim. Susur Galur: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah. No.1. Vol.1. 20. John, S.S. Life In The Forest Of The Far East, Or Travels In Northern Borneo, Volume II. London: Smith, Elderand Co. 21. M.w. Ranjit Singh N. De silva, Ridwan Abdul rahman, Saleem Mustafa & Annadel S. Cabanban. 1999. Ekspedisi Galxea’98: A study of Living Marine Resourcen of Darvel Bay, Sabah, Malaysia. Sabah: University Malaysia Sabah. 22. Mosli Tarsat. 2008. Pelaksanaan Boat and Fisheries Ordinance 1914 sebagai Asas pendidikan Undang-undang Perikanan kepada Komuniti Nelayan BajauDi Borneo Utara, 1915-1939, Indonesia. Historia. Volume 1 (1). 23. Mosli Tarsat. 2017. Pembangunan Ekonomi Kelautan di Pantai Timur Sabah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 24. Mosli Tarsat. 2018. Dasar Dominasi Ekonomi Berasaskan Sumber Laut di Pantai Timur Borneo Utara Semasa Zaman Kesultanan Sulu (1704-1878), Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History. Vol. 2(1). 25. North Borneo Colonial Archive, No 778, Boats & fisheries Ordinance. 26. North Borneo Colonial Archive, No. 806, Village Administration 5 of 1913. 27. Official Gazette. 1892. 28. Official Gazette. 1893. 29. Official Gazzette. 1914. 30. Ranjit Singh. 2003. The Making of Sabah 1865-1941. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. 31. Rutter, O. 1922. Brtish North Borneo. London: Constable & Company Limited. 32. Saleha Binti Sapri. 2017. Sejarah Perlanunan di Borneo Utara (1760-1881). Tesis Sarjana, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 33. Sullivan, A. & Leong, C. 1981. Commemorative History of Sabah. Kuala Lumpur: Sabah State 34. The Free Press Singapore. 12 December 1851. 35. The Free Press. Singapore Free Press and Mercantile Advertisers, 12 Mac 1852. 36. The Illustrated London News. 29 mei 1952. National Art library: Victoria & Albert Museum, London. 37. The Singapore Free Press and Mercantile Advertisers. 8 August 1861. 38. The Straits Times. 11 March 1851. 39. The Straits Times. 6 January 1852. 40. The Straits Times. 9 March 1852. 41. Trecher, W.H. 2020. British Borneo: Sketches of Brunai, Sarawak, Labuan and North Borneo. Kuala Lumpur: Silverfish Books Sdn Bhd. 42. Tregonning, K.G. 1965. History of Modern Sabah. Singapore: University of Malaya. 43. Warren, J.F. 1971. The North Borneo Chattered Company”s Administration of the Bajau 1878-1909. Center for International Studies Paper in International Studies Southeast Asia Series: Ohio University. 44. Warren, J.F. 1981.The Sulu Zone 1768-1898: The Dynamic Of External Trade, Slavery and Etnicity In the Tranformation of A Southeast Asian Maritime State. Singapore: Singapore University Press. 45. Warren, J.F. 1971. The North Borneo Chattered Company’s Administration of the Bajau, 1878-1909: The Pacific on a Maritime, Nomadic People. Southeast Asia Program: Ohio University Center for International Studies.