Analisis kecuaian doktor dalam mendiagnosis rawatan di klinik swasta: Kesan kepada penjagaan kesihatan pesakit
List of Authors
  • Hassan Ahmad , Khosenulhan Ab Rahman

Keyword
  • proses rawatan, kepuasan pesakit, penjagaan kesihatan, kecuaian perubatan

Abstract
  • Kajian ini adalah bertujuan untuk menjelaskan beberapa persoalan berkaitan kecuaian dalam amalan perubatan yang berlaku di hospital dan klinik persendirian. Profesion kedoktoran adalah profesion yang dihormati dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia. Menurut Haq, F. dan Wong, H.Y. (2010), seorang doktor sewajarnya mempamerkan sikap yang baik, boleh diteladani, profesional dan mempunyai kemahiran komunikasi yang baik antaranya lemah lembut, berhati-hati dan menyenangkan hati pesakit yang dirawat semasa memberi perkhidmatan supaya mendatangkan keselesaan kepada pesakit ketika menerima rawatan. Namun begitu, masih terdapat dalam kalangan doktor di klinik swasta yang belum berjaya mempraktikkan sikap profesional kedoktoran mereka sehingga berlaku kecuaian dan kesilapan dalam rawatan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, peratusan kejadian buruk akibat kecuaian terhadap orang tua melepasi tahap (p = 0.01) dan terdapat sejumlah besar pesakit menghadapi kecederaan dan kesilapan dalam menerima rawatan perubatan, ekoran perkhidmatan yang tidak berkualiti. Lawthers, A. G. dan Hiatt, H. H. (1991) serta Oyebode, F. (2013) melaporkan bahawa pesakit yang dimasukkan ke hospital di seluruh dunia, mencapai tahap 3–16 peratus mengalami kecederaan akibat kecuaian rawatan perubatan dan kesilapan dalam preskripsi ubatan. Kajian ini telah dilaksanakan berasaskan kajian perpustakaan dengan merujuk pelbagai teks pembentangan, jurnal, buku dan laporan bagi memperoleh maklumat berkaitan. Sebanyak 50 buah artikel kajian yang relevan telah dirujuk dan diteliti bagi mengesahkan data kes-kes kecuaian dan kesalahan dalam perkhidmatan rawatan terhadap pesakit di klinik persendirian. Selain itu penulisan ini turut merujuk kepada undang-undang dalam perkhidmatan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan etika Islam untuk dianalisis peranannya dalam isu ini. Hasil kajian mendapati kualiti perkhidmatan rawatan di klinik swasta akan menerima kesan yang lebih baik menerusi amalan dan penerapan prinsip etika Islam serta mematuhi prosedur dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan yang telah ditetapkan oleh KKM. Melalui pematuhan kedua-dua prosedur tersebut akan menghasilkan perkhidmatan yang baik dan berkualiti seperti mana yang dikehendaki oleh masyarakat.

Reference
  • 1. Abdul Hamid Abdul Kadir (2008). Medical Ethics, Etiquette and Law. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

    2. Abuosi, A. A., & Atinga, R. A. (2013). Service quality in healthcare institutions: establishing the gaps for policy action. International journal of health care quality assurance.

    3. Alfansi, L., & Atmaja, F. T. (2009). Service failure and complaint behavior in the public hospital industry: the Indonesian experience. Journal of Nonprofit & Public Sector Marketing, 21(3), 309-325.

    4. Ali, N. (2007). A decade of clinical negligence in ophthalmology. BMC ophthalmology, 7(1), 1-4.

    5. Brennan, T. A., Leape, L. L., Laird, N. M., Hebert, L., Localio, A. R., Lawthers, A. G., ... & Hiatt, H. H. (2004). Incidence of adverse events and negligence in hospitalized patients: results of the Harvard Medical Practice Study I. BMJ Quality & Safety, 13(2), 145-151.

    6. Brody, H., & Waters, D. B. (1980). Diagnosis is treatment. J Fam Pract, 10(3), 445-449.

    7. Chin, C. (2013). A quick fix to medical disputes. Retrieved from http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/17/A-quick-fix-to-medicaldisputes-Future-mediation-bureau-a-far-better-option-than-going-to-court.aspx

    8. Cingi, C. C., Hanci, D., & Muluk, N.B. (2015). Will communication strategies in patient relations improve patient satisfaction?International Journal of Communication and Health, 7.

    9. Davies, J. (2009). Clinical Guidelines as a Tool for Legal Liability an International Perspective. Med. & L., 28, 603.

    10. Foronda, C., MacWilliams, B., & McArthur, E. (2016). Interprofessional communication in healthcare: An integrative review. Nurse education in practice, 19, 36-40.

    11. Frosch, D. L. (2012). The Patient–Doctor Relationship and Online Social Networks: Results of a National Survey. Journal of general internal medicine, 27(4), 404-404.

    12. Hambali, S. N., & Khodapanahandeh, S. (2014). Review of medical malpractice issues in Malaysia under tort litigation system. Global journal of health science, 6(4), 76.

    13. Hambali, S. N., & Khodapanahandeh, S. (2014). Review of medical malpractice issues in Malaysia under tort litigation system. Global journal of health science, 6(4), 76.

    14. Haq, F. and Wong, H.Y. (2010), “Is spiritual tourism a new strategy for marketing Islam?”, Journal of Islamic Marketing, Vol. 1 No. 2, pp. 136-148.

    15. Haron, N. N., & Ibrahim, N. A. (2013). Doctors’ comunication style: Impact on patient’sparticipation. Jurnal Teknologi, 65(2), 85-92.

    16. Hatta, M., Noor Azira, T., & Mohd Shariff, A. A. (2016). Doktor Dan Liabiliti Dalam Kes-Kes Kecuaian Perubatan: Pengecualian Liabiliti Dari Perspektif Hukum Syara’. CLJ Law: Legal Network Series, 1(Lix), 1-35.

    17. Ismail, S. Z. (2011). Kecuaian perubatan menurut undang-undang tort dan autoriti mengenainya dari sudut syariah. Jurnal Syariah, 19(2), 133-162

    18. Lombogia, A., Rottie, J., & Karundeng, M. (2016). Hubungan perilaku dengan kemampuan perawat dalam melaksanakan keselamatan pasien (patient safety) di ruang akut instalasi gawat darurat RSUP Prof. DR. RD Kandou Manado. Jurnal Keperawatan, 4(2).

    19. Manap, M. A. (2019). Application Of Negligence Principles In Malaysia: An Opthalmology Case Review. Journal Of Law And Governance, 2(1), 1-15.

    20. Maynard, D. W., & Heritage, J. (2005). Conversation analysis, doctor–patient interaction and medical communication. Medical education, 39(4), 428-435.

    21. Noh, N. A., Wahab, H. A., & Ah, S. H. A. B. (2014). Kualiti Perkhidmatan Kesihatan Awam yang Diterima oleh Buruh Asing: Kajian Kes di Lembah Klang. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 12(1), 47-56.

    22. Oyebode, F. (2013). Clinical errors and medical negligence. Medical Principles and Practice, 22(4), 323-333.

    23. Radhakrishnan, S. (1999). Medical Negligence Litigation: Is Defensive Medicine Now the Norm? Malaysian Law Journal, 4, cxcvi.

    24. Radhakrishnan, S. (2002). Medical Negligence. University Malaya Press.

    25. Renkema, E., Broekhuis, M., & Ahaus, K. (2014). Conditions that influence the impact of malpractice litigation risk on physicians’ behavior regarding patient safety. BMC health services research, 14(1), 1-6.

    26. Schwendimann, R., Blatter, C., Dhaini, S., Simon, M., & Ausserhofer, D. (2018). The occurrence, types, consequences and preventability of in-hospital adverse events–a scoping review. BMC health services research, 18(1), 1-13.

    27. Studdert, D. M., Mello, M. M., Gawande, A. A., Gandhi, T. K., Kachalia, A., Yoon, C., ... & Brennan, T. A. (2006). Claims, errors, and compensation payments in medical malpractice litigation. New England journal of medicine, 354(19), 2024-2033

    28. Tay Pek, S. (1998). Medical Negligence Litigation Call for a Reconsideration. MLJ, 3, lxxxi.

    29. Woolf, S. H., Grol, R., Hutchinson, A., Eccles, M., & Grimshaw, J. (1999). Potential benefits, limitations, and harms of clinical guidelines. Bmj, 318(7182), 527-530.

    30. Abdullah, A.S. (2021). Kesal hospital gagal kesan anak patah kaki. Sinarharian. Retrieved 4 June 2021, from https://www.sinarharian.com.my/article/14236/EDISI/Pahang/Kesal-hospital-gagal-.