Warisan budaya Etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah
List of Authors
Ang Kean Hua , Zulayti Zakaria
Keyword
Warisan budaya, budaya-benda, budaya bukan-benda, etnik Bajau Samah, media massa
Abstract
Sabah terkenal dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan masyaraka yang terdiri daripada Kadazandusun, Bajau, Bugis, Iranum, Brunei, Bonggi dan beberapa etnik lagi. Adanya kepelbagaian etnik di Sabah, maka wujudlah kepelbagaian adat istiadat dan warisan etnik masing-masing. Antara seni warisan yang terkenal di Sabah ialah etnik Bajau Samah di Kota Belud, Sabah. Namun demikian, seni warisan etnik Bajau Samah ini tidak berkembang seperti mana keunggulan yang di miliki oleh warisan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk: (1) mengenalpasti bentuk-bentuk warisan budaya Etnik Bajau Samah; (2) menganalisis cabaran dalam mengekalkan warisan budaya; dan (3) mengkaji usaha-usaha dalam mempromosikan warisan budaya kepada masyarakat. Kaedah campuran terdiri daripada Primer dan Sekunder diaplikasikan dalam kajian ini. Data primer diperolehi daripada temubual dengan para informan dan kaedah pemerhatian sewaktu menjalankan kajian lapangan; dan data sekunder diperolehi daripada perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, di Pusat Sumber FSSK,UMS dan di ARKIB Kota Kinabalu, Sabah. Dapatan kajian menunjukkan warisan budaya etnik Bajau Samah dapat dipecahkan kepada dua bahagian iaitu budaya benda dan budaya bukan benda. Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh etnik Bajau Samah untuk mengekalkan warisan budaya mereka terutama sekali dari segi keterlibatan generasi muda yang tidak mahu mempelajari dan mengambil tahu tentang warisan mereka sendiri. Namun, terdapat usaha yang dilakukan oleh Persatuan Etnik Bajau Samah, di Kota Belud bagi mengekalkan dan menonjolkan warisan budaya mereka agar dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan memelihara warisan budaya mereka agar tidak hilang ditelan zaman. Kesimpulannya, antara usaha persatuan etnik Bajau Samah dan golongan tua ini adalah dengan menonjolkan keunikan dan keistimewaan warisan budaya etnik Bajau Samah kepada masyarakat di dalam dan di luar negara dengan pelbagai cara, terutamanya dengan menggunakan pengaruh media massa.
Reference
1. Anwar Din (2007). Asas Kebudayaan dan Kesenian Malayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Ariffin, N. A., Abdullah, F. N., Othman, N., & Mohamad, M. (2020). Traditional Knowledge of Bajau-Sama Community in Kota Belud, Sabah, Malaysia. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 2(2), 65-74.
3. Dayang Nadia Mawi & Humin Jusilin (2017). Dokumentasi Peralatan Budaya Makan Sirih ‘Selapa’Etnik Bajau Sama’, di Kota Belud.
4. Halina Sendera & Saidatul Nornis (2008). Duang: The semiotic interpretation and perception of the Bajau-sama community in Sabah. Sari (ATMA), 26, 71-78.
5. Hj. Omar, A., & Masrom, M. (2021). The Socio-Cultural Aspect of the Bajau-Sama Community in Kota Belud, Sabah. In Proceedings of the International Conference on Humanities, Social Sciences and Technology (ICHSST 2021) (pp. 1-9). AtlantisPress. https://doi.org/10.2991/assehr.k.210616.001
6. Kongres Budaya Melayu Pertama (1982). Melaka: Jabatan Kebudayaan Negeri Melaka.
7. Lena Farida Hussain & Mohd Kipli Abdul Rahman (2017). Kemampanan Ngalai/Berasik: Persembahan Ritual Etnik Bajau Sama’ di Sabah. Lombok International Edu-Tourism Conference (Lietc). Universiti pendidikan Sultan Idris.
8. Mohd Yuszaidy Mohd Yusof (2016). Pemuliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara di Malaysia. Persidangan Antarabangsa Pengajian Alam Melayu 2016, Royal Asiatic Society, London, 3-25.
9. Nandrayanatirow.(2013).Kamus mudah pertuturan harian bahasa Sama.KotaBelud: Persatuan Sama Sabah
10. Saidatul Nornis Mahali, Halina Sendera Mohd Yakin, Mohammad Shauki M. Radzi & Mohd Rizal Zamani Idris. (2012). Dlm. Saidatul Nornis Mahali (ed.). Latar Masyarakat Bajau dalam Bajau Pantai Barat. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
11. Suwardi Endraswara (2006). Metodologi Penelitian Kebudayaan. Yoyajakarta: Gadjah Mada Universiti Press.
12. Yeop Johari Yaakob & Ismail Abbas. (1986). Kosa kata bahasa Bajau: Satu tinjauan awal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.