Amalan dan Masalah Pendekatan Pengajaran Terbeza Berpandukan MoLIB oleh Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Kebangsaan
List of Authors
  • Jessica Michael

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka amalan pendekatan pengajaran terbeza berpandukan Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu Tahap 1 sekolah rendah kebangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif dengan pensampelan secara bertujuan. Seramai enam orang guru yang mengajar Bahasa Melayu Tahap 1 dari enam buah sekolah rendah kebangsaan dipilih sebagai peserta kajian. Lokasi sekolah-sekolah peserta-peserta kajian ini adalah di tiga buah sekolah rendah luar bandar dan tiga buah sekolah rendah bandar di Kuching, Sarawak. Alat pengumpulan data kajian ini ialah secara temu bual yang kemudiannya dianalisis mengikut pengenalpastian tema-tema yang wujud berdasarkan transkripsi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah rendah kebangsaan mengamalkan pendekatan pengajaran terbeza berpandukan MoLIB dalam PdP Bahasa Melayu pada tahap yang tinggi demi meningkatkan kefahaman murid pelbagai aras pembelajaran. Kesediaan dan kreativiti guru dari segi perancangan serta pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam bilik darjah mampu meningkatkan penguasaan murid dalam PdP Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu Tahap 1 di sekolah rendah kebangsaan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dengan efisien dan konsisten. Kesimpulannya, pendekatan pengajaran terbeza ini relevan diaplikasikan dalam PdP Bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan murid yang pelbagai profil pembelajaran serta meningkatkan penguasaan murid mengikut gaya pembelajaran murid secara holistik.

     Kata kunci: pendekatan pengajaran terbeza, Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza, guru Bahasa Melayu Tahap 1, pendekatan pengajaran, sekolah rendah kebangsaan

    Abstract: This research was conducted to explore the practices of the differentiated teaching approach based on the Focused and Differentiated Intervention Training Module (MoLIB) and the problems faced by Level 1 Malay language teachers in national primary schools during the teaching and learning (TAL) of Malay Language. The design of this research is qualitative with purposive sampling. A total of six teachers who teach Malay Language Level 1 in six national primary schools were selected as research participants. The locations of the schools of research participants are three rural primary schools and three urban primary schools in Kuching, Sarawak. The data collection tool of this research is via interviews which are then analysed according to the identification of themes that exist based on the transcription of the interviews. The findings of the research show that Level 1 Malay Language teachers in national primary schools practice the differentiated teaching approach based on the MoLIB in Malay Language TAL at a high level to improve the understanding of students at various learning levels. The teacher's readiness and creativity in planning and implementing differentiated teaching approaches in the classroom can increase students' mastery of the Malay Language. However, there are problems faced by Malay Language Level 1 teachers in national primary schools in implementing differentiated teaching approaches efficiently and consistently. In conclusion, this differentiated teaching approach is relevantly applied in Malay Language TAL to meet the needs of students with various learning profiles as well as improve students' mastery according to students' learning styles holistically.

    Keywords: differentiated teaching approach, Focused and Differentiated Intervention Training Module, Malay Language Level 1 teacher, teaching approach, national primary school


Reference
  • No Data Recorded