SIKAP, NIAT DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN e-PEMBELAJARAN DALAM KURSUS KOMUNIKASI DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
List of Authors
, CHE HASNIZA CHE NOH, CHE HASNIZA CHE NOH, ISMA ROSILA ISMAIL, NOOR AISYAH ABD AZIZ, NOOR AISYAH ABD AZIZ , NURUL AIN CHUA ABDULLAH
Keyword
Sikap, niat, penerimaan, e-pembelajaran
Abstract
Perkembangan teknologi maklumat memberi kesan langsung kepada sistem pendidikan negara. Penggunaan teknologi maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran telah mendapat perhatian khususnya sejak berlaku pandemik COVID-19 kerana ia menjadi satu platform penting dalam memastikan kesinambungan pembelajaran yang berterusan kepada semua pihak. Namun demikian, kejayaan pelaksanaan e-pembelajaran bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah memerlukan pemahaman berkaitan faktor yang mampu menggalakkan penerimaan e-pembelajaran secara berkesan. Untuk itu, satu kajian kuantitatif telah dijalankan ke atas 189 orang pelajar yang mengikuti kursus Kemahiran Komunikasi di Universiti Malaysia Terengganu dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan penggunaan e-pembelajaran berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model). Hasil kajian mendapati secara keseluruhan penerimaan pelajar terhadap penggunaan e-pembelajaran berada pada tahap sederhana, manakala tanggapan kebergunaan mempengaruhi secara signifikan terhadap sikap menggunakan sistem dan tanggapan mudah digunakan tidak mempengaruhi secara signifikan. Kajian ini memberi implikasi bahawa sikap, niat, dan penerimaan terhadap sistem perlu diberi perhatian dalam memastikan keberkesanan penggunaan e-pembelajaran.
Reference
CHE NOH, C., ISMAIL, I., ABD AZIZ, & N., ABDULLAH, & N.(2023). SIKAP, NIAT DAN PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN e-PEMBELAJARAN DALAM KURSUS KOMUNIKASI DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU. Vol 11, 1-11. https://doi.org/10.46754/jbsd.2023.09.001