Penggunaan Kaedah “Flipped Classroom” Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik : Sorotan Literatur Bersistematik
List of Authors
  • Siti Mistima Maat, Vanitha Chandran

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak: "Flipped Classroom" (FC) ialah konsep pengajaran yang menggantikan kuliah di dalam bilik darjah dengan memberi peluang untuk meneroka dan mempelajari bahan di luar bilik darjah melalui klip video dan bahan bacaan. Masa pengajaran sehala berubah menjadi persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar, yang dilatih berasaskan inkuiri yang menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti seperti pembinaan pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah. Namun, kajian-kajian lepas mendapati kebanyakan guru masih menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, kajian literatur sistematik ini bertujuan untuk mensintesis trend penggunaan flipped classroom dalam pendidikan Matematik sepanjang tempoh 2018 hingga April 2022. Sebanyak 20 artikel yang berkaitan FC telah dipilih dengan menggunakan pangkalan data iaitu Scopus dan Web of Science (WOS).  Model PRISMA digunakan sebagai panduan dalam pencarian bahan literatur. Sementara itu, hasil kajian juga mendedahkan bahawa penggunaan FC dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

     

     

    Kata kunci: flipped classroom, keberkesanan, persepsi, pengajaran dan pembelajaran matematik

     

    Abstract: The flipped classroom is a pedagogical model that reverses the traditional educational model by delivering the lecture content online outside of class via video clips and reading materials. One-way teaching time is transformed into a student-centered, inquiry based learning environment that encourages students to actively participate in activities such as knowledge construction, collaborative discussion and problem solving. However, previous studies have found that most teachers still used traditional lecturing methods. Therefore, this systematic literature review aims to synthesize the trand of the usage of flipped classroom in Mathematics education throughout the period from 2018 to April 2022. A total of 20 articles were retrieved from Scopus and Web of Science (WOS). The chosen articles are only related to Mathematics education. The PRISMA model is used as a guide in the literature search. Meanwhile, the results of the study also revealed that the use of flipped classroom can improve student’s achievement in teaching and learning Mathematics.

     

    Keywords: full paper, template, author, guidelines


Reference
  • No Data Recorded