KESAN PENCEMARAN DAN PERSAINGAN TERHADAP PERMINTAAN EKSPORT BUAH-BUAHAN MALAYSIA KE SINGAPURA
List of Authors
, CHOR FOON TANG, CHOR FOON TANG , MUHAMMAD ALIF ZAHARI, MUHAMMAD ALIF ZAHARI
Keyword
Kelapa, kointegrasi, permintaan eksport, Malaysia, nanas
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji secara empirikal faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan eksport buah-buahan Malaysia ke Singapura dengan menggunakan pendekatan kointegrasi batasan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa harga, pendapatan asing, persaingan eksport, dan pencemaran cenderung mempengaruhi permintaan eksport buah-buahan Malaysia ke Singapura. Kajian ini mendapati harga, persaingan eksport, dan pencemaran mempunyai kesan negatif terhadap permintaan buah-buahan yang dieksport ke Singapura, manakala, pendapatan membawa kesan positif terhadap permintaan eksport buah-buahan Malaysia. Justeru, kajian ini turut mencadangkan kepada penggubal dasar bahawa permintaan eksport bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor-faktor ekonomi semata-mata, malah peranan faktor-faktor bukan ekonomi seperti pencemaran dan persaingan tidak harus diabaikan dalam usaha memajukan industri eksport negara.
Reference
TANG, C., ZAHARI, & M.(2023). KESAN PENCEMARAN DAN PERSAINGAN TERHADAP PERMINTAAN EKSPORT BUAH-BUAHAN MALAYSIA KE SINGAPURA. Vol 11, 66-78. https://doi.org/10.46754/jbsd.2023.03.006