Terapi kognitif tingkah laku standard dan brief terhadap daya tahan kanak-kanak keluarga berisiko
List of Authors
  • Liley Afzani Said , Mohamad Hashim Othman

Keyword
  • Terapi Kognitif Tingkah Laku Brief, Daya tahan, Kanak-Kanak

Abstract
  • Salah satu faktor dalam mempengaruhi daya tahan kanak-kanak adalah keluarga serta persekitaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kesan Terapi Tingkah Laku Kognitif Standard CBT(S) dan Terapi Tingkah Laku Kognitif Brief CBT(B) terhadap tahap daya tahan kanak-kanak daripada keluarga berisiko. Sampel terdiri daripada 90 orang kanak-kanak telah disaring menggunakan kaedah sampel bertujuan yang melibatkan peringkat umur 11 tahun daripada sembilan buah sekolah di sekitar Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen dengan melibatkan tiga kelompok rawatan iaitu CBT(S), CBT(B) dan kelompok kawalan (KK). Terdapat lima ujian berulangan dilaksanakan sepanjang tempoh kajian iaitu ujian pra, pos 1, pos 2, pos 3 dan pos 4 dengan menggunakan alat ukur psikologi The Child & Youth Resilience Measure. Analisis kajian adalah menggunakan kaedah ANOVA dua hala ujian berulangan dan hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama kelompok rawatan CBT(S), CBT(B) dan kumpulan kawalan (KK) terhadap skor min daya tahan [F (2, 28803.533) = 45.029, p<.05]; kesan utama masa ujian [F (2.814, 5892.33) = 303.572; p<.05]; dan masa ujian [F (5.627, 5892.33) = 138.496; p<.05)]. Secara keseluruhannya, penggunaan teknik CBT(B) menunjukkan keberkesanan yang lebih efektif dalam meningkatkan skor daya tahan d berbanding CBT(S) sepanjang tempoh kajian dijalankan.

Reference
  • 1. Blair, C., & Raver, C. C. (2016). Poverty, Stress, and Brain Development: New Directions for Prevention and Intervention. Academic pediatrics, 16(3 Suppl), S30–S36. https://doi.org/10.1016/j.acap.2016.01.010

    2. Sabrina. A C. (2013).Concepts and approaches to resilience in a variety of governance and regulatory domains. Environ Syst Decis 35, 183–184.

    3. https://doi.org/10.1007/s10669-015-9553-6

    4. Masten, A. S., & Barnes, A. J. (2018). Resilience in Children: Developmental Perspectives. Children (Basel, Switzerland), 5(7), 98.

    5. https://doi.org/10.3390/children5070098

    6. Jensen, T. M., Lippold, M. A., Mills-Koonce, R., & Fosco, G. M. (2018). Stepfamily Relationship Quality and Children's Internalizing and Externalizing Problems. Family Process, 57(2), 477–495.

    7. https://doi.org/10.1111/famp.12284

    8. Corey, G. (2009). Theories and Practices of Counseling and Psychotherapy. Belmont, CA: Thomson Brooks/Cole.

    9. Simon Gowers & Lynne Green .(2009). Eating Disorders: Cognitive Behaviour Therapy with Children and Young People Routledge: London, pp. 190.

    10. Butler, A., Chapman, J., Foreman, E., & Beck, A. T. (2006). The empirical status of cognitive-behavioral therapy: a review of meta-analyses. Clinical Psychology Review, 26, 17–31.

    11. Mearns, D. and Cooper, M. (2005) Working At Relational Depth in Counselling and Psychotherapy. London: Sage Publications

    12. Chua, Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan. Selangor: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

    13. Gowers, S.G., & Green, L. (2009). Eating Disorders: Cognitive Behaviour Therapy with Children and Young People (1st ed.). Routledge. https://doi.org/10.4324/9780203876718

    14. Shaver, P. R., & Fraley, R. C. (2008). Attachment, loss, and grief: Bowlby's views and current controversies. In J. Cassidy & P. R. Shaver (Eds.), Handbook of attachment: Theory, research, and clinical applications (pp. 48–77). The Guilford Press.