KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL PENGURUSAN DATA RAYA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DI MALAYSIA
List of Authors
, NOR KAMALIAH MOHAMAD, NOR KAMALIAH MOHAMAD , NORFARIZA MOHD RAZI, ZURAIDAH ABDULLAH, ZURAIDAH ABDULLAH
Keyword
Revolusi Industri 4.0, data raya pendidikan, model pengurusan data raya, keperluan data raya, kepentingan data raya
Abstract
Revolusi Industri 4.0 yang telah bermula pada tahun 2016 memberi perubahan dalam pelbagai sektor dan bidang termasuk pendidikan dan data raya yang merupakan salah satu elemen RI 4.0. Lambakan data raya hasil penggunaan sistem digital secara maksimum menuntut pengurusan yang lebih sistematik dan cekap bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Program Transformasi Daerah (DTP 3.0) merupakan salah satu program KPM yang bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan mengikut acuan RI 4.0. Namun begitu, hasil laporan PKPPD dalam DTP 3.0 menunjukkan pengurusan data raya di PPD tidak mencapai standard yang ditetapkan. Justeru, kajian dijalankan untuk mengenal pasti keperluan dan kepentingan pembinaan model pengurusan data raya PPD di Malaysia. Seramai 10 orang pengurus data raya dari 10 buah PPD di negeri yang berbeza telah ditemu bual. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh keperluan dan tiga kepentingan pembinaan model pengurusan data raya PPD di Malaysia. Oleh itu, terdapat keperluan kepada pembangunan model pengurusan data raya di PPD sebagai panduan dan rujukan kepada semua pengurus data raya PPD di Malaysia.
Reference
MOHAMAD, N., MOHD RAZI, N., ABDULLAH, & Z.(2023). KEPERLUAN PEMBINAAN MODEL PENGURUSAN DATA RAYA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DI MALAYSIA. Vol 11, 46-65. https://doi.org/10.46754/jbsd.2023.03.005