Penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan gaya pembelajaran murid tingkatan dua: satu kajian perbandingan
List of Authors
  • M. Kaviza

Keyword
  • Penguasaan kemahiran pemikiran sejarah, gaya pembelajaran, kajian perbandingan, mata pelajaran sejarah, murid tingkatan dua

Abstract
  • Oleh kerana penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting yang ditekankan dalam kurikulum sejarah yang melibatkan gaya pembelajaran murid yang berbeza, maka objektif kajian tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah berdasarkan empat dimensi gaya pembelajaran iaitu gaya visual-verbal, gaya aktif-reflektif, gaya kepekaan-intuisi dan gaya sequential-global. Seramai 865 orang murid Tingkatan Dua daripada 30 buah sekolah menengah harian di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan ujian penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan soal selidik Index of Learning Style yang telah disahkan oleh pakar penilai dalam bidang sejarah dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi iaitu ujian-t sampel tak bersandar dan ujian MANOVA dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah yang signifikan antara tiga dimensi gaya pembelajaran iaitu gaya aktif-reflektif, gaya kepekaan-intuisi dan gaya sequential-global. Walaubagaimanapun, tidak terdapat perbezaan penguasaan kemahiran pemikiran sejarah yang signifikan antara dimensi gaya visual-verbal. Implikasi kajian ini telah mencadangkan guru-guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejarah yang dapat menerapkan kemahiran pemikiran sejarah dengan mengambil kira aspek ciri perbezaan gaya pembelajaran murid agar proses pembelajaran bermakna dapat diwujudkan di dalam kelas. Kesimpulannya, penguasaan kemahiran pemikiran sejarah dan konstruknya adalah berbeza berdasarkan gaya pembelajaran murid.

Reference
  • 1. Abdul Razaq Ahmad. (2014). Determination of teaching aids and methods to inculcate thinking skills in history subject. International Journal for Historical Studies, 6(1), 1-12.
    2. Aini Hassan. (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah di Sekolah: Guru sebagai broker ilmu sejarah. Masalah Pendidikan, 21(1).
    3. Aktin, K. (2016). A Semiotic analysis on the ultization of historical thinking skills in pre-school period. Academic Journals, 11, 1335-1366.
    4. Bickford II, J.H., & Bickford, M.S. (2015). Historical Thinking, Reading and Writing about World’s Newest Nation, South Sudan. Social Studies Research and Practice, 10(2), 111 123.
    5. Bickford, J.H., & Bickford, M.S. (2015). Evoking students curiosity and complicating their historical thinking through manageable, engaging and confusion. The History Teacher, 49(1), 63-88.
    6. Cowgill II, D.A., & Waring, S.M. (2017). Historical Thinking: An Evaluation of Student and Teacher Ability to Analyze Sources. Journal of Social Studies Education Research. 8(1), 115-145.
    7. Felder, R. M. & Silverman, L. K. (1988). Learning Styles and Teaching Styles in Engineering Education. Engineering. Education, 78, 674-681.
    8. Felder, R. M., & Soloman, B. A. (1997). Index of learning styles questionnaire. Retrieved from http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html
    9. Havekes, H., Arno-Coppen, P., & Luttenberg, J. (2012). Knowing and doing history: A conceptual framework and pedagogy for teaching historical contextualization. International Journal of Historical learning, Teaching and Research, 11(10, 72-93.
    10. Henriquez, R., & Ruiz, M. (2014). Chilean students learn to think historically: construction of historical causation through the use of evidence in writing. Linguistics and Education, 25, 145-157.
    11. Krejie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota. Ling,
    12. W.A., & Mona Masood., & Siti Hawa Abdullah. (2016). Analysing the Relationship of Sequential and Global Learning Styles on students’ historical thinking and understanding: A case study on Form For Secoandary school students in Malaysia. International Journal of Assessment and Evaluation in Educatiom, 6, 51-58.
    13. Nitko, A. J. (2004). Educational Assessment of Students. Ed. Ke-4. Upper Saddle River, NJ: Merril.
    14. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd
    15. Nunnally, J.C. (1978). Psychometrie Theory (2nd Ed). New York: McGraw Hill.
    16. Omardin Haji Ashaari & Yunus Muhammad. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributor Sdn Bhd.
    17. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2016). Dokumen Standard dan Pentaksiran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
    18. Rosy Talin, (2015). Historical Thinking Skills-The forgotten skills? International Journal of Learning and Teaching, 7(1), 15-23.
    19. Rully Putri Nirmala Puji, & Abdul Razaq Ahmad. (2015). Gaya Belajar dan Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pembelajaran Sejarah di Peringkat Universitas. Edusentris, Jurnal Ilmu Pendidikan dan Pengajaran, 2(3), 253-263.
    20. Siti Hawa Abdullah. (2009). Takrif dan ciri-ciri Pemikiran Sejarah. Pendidikan Sejarah, 9(1), 98-106.
    21. Sivapakkiam Ramasamy, Fadzilah Abd. Rahman, Umi Kalthom Abdul Manaf & Rozita Radhiah Said. (2018). The Inculcation of Higher Order Thinking Skills in History Subject through the application of multiple Intelligence Theory. International Journal of Academic Research in Progresive Education & Development, 7(4), 51-59.
    22. Sternberg, R.J. (2003). Cognitive Psychology. USA: Wadsworth.
    23. Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abdul Aziz Abdul Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah. (2009). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
    24. Wineburg, S. (1998). A partial history: An essay review of teaching and learning history in elementary schools. Teaching and Teacher Education, 14(2), 233-243.