Menurut laporan Global E-waste Monitor 2020, dianggarkan penduduk Malaysia menghasilkan 364 kilo tan (kt) e-sisa pada 2019 atau purata 11.1kg per kapita. Bagaimanapun, tiada data mengenai pemungutan e-sisa yang direkodkan. Di seluruh dunia pula, sebanyak 53.6 juta tan metrik (Mt) sisa dihasilkan iaitu purata 7.3kg per kapita, dan hanya 17.4% direkod sebagai telah dipungut dan dikitar semula. Laporan tersebut menyatakan kebimbangan serta ketidakmampuan aktiviti kitar semula bersaing dengan longgokan e-sisa yang dihasilkan oleh pengguna saban hari. Aktiviti kitar semula meningkat kepada 1.8Mt sejak 2014, sedangkan jumlah e-sisa telah meningkat sebanyak 9.2Mt. Sehubungan dengan ini, satu kajian kepustakaan telah dijalankan kerana ingin melihat kesan atau isu e-sisa ini terhadap alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan lain-lain. Metodologi kajian yang digunakan ialah ulasan kepustakaan degan menilai dan membuat ulasan terhadap sumber primer. Kajian mendapati terdapat keperluan mendesak untuk penilaian terperinci mengenai senario semasa dan masa depan termasuk pengiraan, pencirian, amalan pelupusan sedia ada, kesan alam sekitar dan bahaya kesihatan pekerjaan. Pengumpulan e-sisa, pengangkutan, rawatan, penyimpanan, pemulihan dan pelupusan, perlu diwujudkan, di peringkat nasional dan/atau serantau untuk pengurusan e-sisa yang mesra alam.
Reference
1. F. Bordage. (2019). The Environmental Footprint of the Digital World. https://www.greenit.fr
2. G. Gaidajis, K. Angelakoglou, & D. Aktspglou. (2010). E-waste:Environmental problems and current management. Journal of Engineering and Technology Review, 3(1), 193–199.
4. Kantar WorldPanel. (2017). An Incredible decade for the smartphone: What’s next? Kantar World Panel.
5. R. Vuorikari et.al. (2016). DigComp 2.0: The Digital Competence Framework for Citizens. Update Phase 1: The Conceptual Reference Model. Publication Office of the European Union.
6. Shunham Gupta, Gaurav Modi, Rahul Saini, & Vijaya Agarwala. (2014). A review on various electronic waste recycling techniques and hazards due to its improper handling. International Refereed Journal of Engineering and Science (IRJES), 3(5), 5–17.
7. Vanessa Forti, Cornelis Peter Balde, Ruediper Kuehr, & Garam Bel. (2020). The Global E-waste monitor 2020: Quantities, flows and the circular economy potential. United Nations University (UNU)/United Nations Institute for Training and Research (UNITAR)–Co-Hosted SCYCLE Programme, International Telecommunication Union (ITU) & International Solid Waste Association (ISWA). https://www.itu.int/en/ITU-D/Environment/Documents/Toolbox/GEM_2020_def.pdf
8. World Health Organization (WHO). (2016). Dioxins and their effects on human health. World Health Organization (WHO). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/ dioxins-and-their-effects-on-human-health.