Penentuan model adaptasi terhadap kemudahterancaman kenaikan aras laut di Selangor, Malaysia
List of Authors
  • Lam, Kouk Choy , Mokhtar Jaafar , Noorazuan Md Hashim , Nor Hasyifa Ahmad , Rosniza Aznie Che Rose , Zaini Sakawi

Keyword
  • Adaptasi, kenaikan aras laut, komuniti persisir, kemudahterancaman, persepsi, perubahan iklim

Abstract
  • Salah satu cabaran dalam pengurusan bencana di Malaysia adalah usaha untuk memperkuatkan daya tahan (resilience) di kalangan penduduk yang terdedah kepada bahaya persekitaran. Perbincangan mengenai keupayaan masyarakat terhadap sebarang penyesuaian atau adaptasi terhadap bencana persekitaran masih lagi dalam perdebatan samada penyelidik di dalam mahupun di luar negeri. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model adaptasi tingkah laku penyesuaian masyarakat pesisir pantai di Selangor terhadap kenaikan aras laut agar faktor yang terlibat dikenalpasti dan diurus untuk mencapai matlamat pembangunan mampan. Secara teorinya, tingkah laku adaptasi ditentukan oleh empat faktor utama, iaitu pengetahuan, kesedaran, persepsi terhadap kenaikan aras laut dan juga latarbelakang sosioekonomi masyarakat pesisir pantai. Kajian ini melibatkan 1050 responden yang dipilih secara persampelan rawak berstrata. Data yang diperoleh melalui temuduga berstruktur dengan menggunakan soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah Model Persamaan Berstruktur (SEM). Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek latar belakang pendidikan masyarakat, kesedaran serta aspek sosioekonomi mempunyai kesan positif terhadap amalan penyesuaian atau adaptasi penduduk pesisir terhadap bencana persekitaran. Nilai RMSEA, RMSR dan CFI juga telah menunjukkan kriteria model yang baik dan dianggap sesuai dan boleh diterima. Adalah didapati konstruk pengetahuan, kesedaran dan persepsi telah menunjukkan nilai korelasi yang tinggi (r> 0.900, p = 0.05). Faktor sosioekonomi penduduk juga dianggap penting dalam memberikan kesan yang positif terhadap amalan penyesuaian terhadap bencana kenaikan aras laut. Adalah dicadangkan bahawa tahap pengetahuan dan sosioekonomi masyarakat perlu ditingkatkan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan tahap kemudahterancaman mereka di masa akan datang.

Reference
  • 1. Arbukle, J.G. , Morton, L.W., Hobbs, J. (2015). Understanding Farmer Perspectives on Climate change Adaptation and Mitigation. Environ Behav. 2015 Feb; 47(2): 205–234.
    2. Ahmad Jamaluddin, S. (2008). Climate change and variability. Second National Conference on Extreme Weather and Climate Change Understanding Science and Risk Reduction on 14-15 October 2008 at Putrajaya International Convention Centre (slide powerpoint) 3 November.
    3. Blaikie, P., Cannon, T. Davis, I. & Wisner, B. (1994). At risk: natural hazards, people’s vulnerability, and disasters. London: Routledge. 284 p.
    4. Bird, E.C.F. (1985). Coastline changes. A global review. Chichester: John Wiley & Sons.
    5. Chua Yan Piaw. (2009). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Statistik Penyelidikan Lanjutan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
    6. Cutter, S.L. (1994). Environmental risk and hazards. New Jersey: Prentice Hall. 413 p.
    7. Donbroswki, W.R. (1998). Again and again: is a disaster what we call a disaster? (In Quarantelli, E.L., ed. What is a disaster? perspectives on the question. London: Routledge. pp. 19-30).
    8. Ghazali. (2005). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif dan Kuantitatif. Jurnal Pendidikan: Maktab Perguruan Islam : 58-79.
    9. Hair, J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L. & Black, W.C. (2006). Multivariate Data Analysis. 6th edition. NJ: Prentice-Hall, Upper Saddle River.
    10. Hair, J., Money, A., Page, M. & Samouel, P. (2007). Research Methods for Business. England: John Wiley & Son Ltd.
    11. Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J. & Anderson, R.E. (2010). Multivariate Data Analysis. 7th edition. NJ: Prentice-Hall, Upper Saddle River.
    12. Hansen, J. (2013). Climate sensitivity, sea level and atmospheric carbon dioxide. Royal Society Publishing. 371. doi:10.1098/rsta.2012.0294.
    13. Haryono, S & Wardoyo, P. (2012). Structural Equation Modeling untuk Penelitian Manajemen menggunakan AMOS 18.00. PT. Intermedia Personalia Utama. Bekasi.
    14. IPI. (2015). Kesan hakisan pantai dan kenaikan paras laut di Batu Pahat. Pusat Pencerapan Bumi. UKM Bangi.
    15. Joreskog, K.G. & Sorbom, D. (1989). LISREL 7: A Guide to the Program and Applications. 2nd edition. Chicago: SPSS.
    16. Kline, R.,B. (1998). Principle and Practice of Structural Equation Modeling. The Guildford Press. New York.
    17. Kollmuss, A. & Agyeman, J. (2010). Mind the Gap: Why do people act environmentally and what are the barriers to pro-environmental behavior?, Environmental Education Research, 8:3, 239-260, DOI: 10.1080/13504620220145401
    18. NAHRIM. (2010). The study of the impact of climate change on sea level rise in Malaysia (Final Report), National Hydraulic Research Institute Malaysia: 172pp.
    19. NASA. (2018). Sea Level. Latest Measurement November 2017. https://climate.nasa.gov/vital-signs/sea-level/. Accesed date 13 Mac 2018.
    20. Nicholls, R.J., Woodroffe, C. & Burkett, V. (2009). Coastline degradation as an indicator of global change. Letcher, T.M. (ed.). Climate change: Observed impacts on planet earth:409-424. Amsterdam: Elsevier.
    21. Nor Aslinda Awang and Mohd Radzi. (2013). Sea Level Rise in Malaysia; Hydrolink. number 2/2013.
    22. Nor Haniah Seman, Zaini Sakawi, Rawshan Ara Begum & Nor Hasyifa Ahmad. (2017). Parameter kerentanan sosial komuniti sisir pantai terhadap peningkatan aras laut. Kertaskerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Masyarakat, Ruang Dan Alam Sekitar. USM Penang.
    23. Noorazuan, MH. (2015). Kecelaruan iklim global: Satu analisis awal. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 11 issue 11 (24 - 35).
    24. The Lancet. (2017). Countdown: tracking progress on health and climate change. Nick Watts, W Neil Adger, Sonja Ayeb-Karlsson, Yuqi Bai, Peter Byass, Diarmid Campbell-Lendrum, Tim Colbourn, Peter Cox, Michael Davies, Michael Depledge, and others. The Lancet, Vol. 389, No. 10074.
    25. UNDP. (United Nations Development Programme). (2004). Reducing disaster risk: a challenge for development. New York, NY: UNDP-BCPR. 146 p.
    26. Rasch, R.J. (2015). Assessing urban vulnerability to flood hazard in Brazilian municipalities. Environment and Urbanization. 28(1). 145-168.
    27. Spaargaren G. (1997). The Ecological modernization of production and consumption: Essays in environmental sociology. PhD thesis, Wageningen Agricultural University.
    28. Sulong Mohamad, Noorazuan Md Hashim, Kadaruddin Aiyub, M. E. Toriman. (2012). Flash flood and community's response at Sg. Lembing, Pahang. Advances in Natural and Applied Sciences. Vol 6 (1). 19-25.
    29. Susan L. Cutter, S.L., Emrich, C.T and Morath, D. (2009). Social Vulnerability to Climate Variability Hazards : A Review of the Literature. Final Report to Oxfam America 1-44.
    30. Turner, W.L. & Reisinger, Y. (2001). Shopping satisfaction for domestic tourists. Journal of Retailing and Consumer Services 8: 15-27.
    31. Zainudin Awang. (2013). Structural Equation Model Using AMOS Graphic. 2nd edition. Shah Alam: UiTM Press.