Jenayah cinta siber di Malaysia: suatu penelitian terhadap pengalaman mangsa
List of Authors
  • Azmi Aziz , Zulkufli Ismail

Keyword
  • Jenayah cinta siber, pengalaman, kualitatif, teori viktimologi, mangsa

Abstract
  • Ancaman jenayah cinta siber merupakan masalah pandemik yang tersebar luas dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Pemalsuan identiti profil menerusi saluran media sosial oleh penjenayah bagi menjalinkan hubungan cinta kepada pengguna semakin sukar dibendung. Justeru, makalah ini menerokai pengalaman individu yang menjadi mangsa jenayah cinta siber di Petaling Jaya. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan ke atas 12 orang informan primer iaitu mangsa. Temu bual dilakukan dengan kaedah temu bual separa struktur dan pemerhatian tidak turut serta yang dijalankan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya. Sejumlah dua orang informan sekunder yang berperanan sebagai informan utama dari Pejabat Timbalan Pengarah (Bahagian Siasatan Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Putrajaya ditemu bual untuk mendapatkan perspektif lanjut mengenai pengalaman trend personaliti individu yang berpotensi menjadi mangsa. Teori Victimology digunakan untuk menilai tipologi mangsa yang menjadi sasaran penjenayah cinta siber. Hasil kajian mendapati bahawa pengalaman mangsa dalam tempoh perkenalan di media sosial dan modus operandi yang dialami oleh mangsa di Petaling Jaya belum memadai untuk memberi pendedahan tentang ancaman jenayah cinta siber. Kajian menyimpulkan bahawa usaha, pendidikan dan kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak berautoriti seperti PDRM belum memadai untuk meningkatkan kesedaran pengguna media sosial tentang bahaya ancaman jenayah cinta siber.

Reference
  • 1. Ahmad Safwan Hamsi., Farrah Diana Saiful Bahry., Siti Noraini Mohd. Tobi & Maslin, Masrom. (2015). Cybercrime over internet love scams in Malaysia: A Discussion on the Theoretical Perspective, Connecting Factors and Key to the Problem. Journal of Management Research. Vol. 7. No. 2. ISSN 1941-899X.
    2. Azinura Hani, Shaari., Mohamad Rahim., Kamaluddin., Wan Fariza, Paizi @ Fauzi. & Masnizah, Mohd. (2019). Online Dating Romance Scam in Malaysia: An Analysis of Online Conversations between Scammers and Victims. Journal of Language Studies. Vol. 19 (1).
    3. Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. (2018). Statistik Penipuan Jenayah Siber Tahun 2015 sehingga 2018. Polis DiRaja Malaysia.
    4. Bergiel, B.J., Bergiel, E.B & Balsmeier, P.W. (2008). Nature Of Virtual Teams: A Summary Of Their Advantage And Disadvantage. Management research news. Vol. 31 (2):99-100.
    5. Buchanan, T. & Whitty, M. T. (2014). The online dating romance scam: causes and consequences of victimhood. Psychology, Crime & Law. Vol. 20(3), 261-283.
    6. Ezzat, Abdel Fattah. (2000). The Vital Role of Victimology in the Rehabilitation of Offenders and Their Reintegration into Society. Paper presented at 12th International Training Course Tokyo Japan. University Press.
    7. Koop, C., Sillitoe, J., Gondal, I. & Layton, R. (2016). The Online romance scam: A complex two-layer scam. Journal of Psychological and Educational Research. Vol. 24 (2): 144-161.
    8. Mark, B., Carol, M.N., Jane, K. & Rachael, O. (2014). Online Frauds: Learning From Victims Why They Fall For These Scams. Australian and New Zealand Journal of Criminology. Sage Publications.
    9. Mohini, S. & Margaret, J. (2015). Online Dating Sites: A tool romance scams or a lucrative e-business model? 28 th Bled eConference. Bled, Slovenia.
    10. Nayereh Ghasem & Zumilah Zainalaludin. (2018). Gender analysis on the relationship between perceived economic wellbeing of the family and cyber love addiction in one public malaysian university. Journal of Education and Social Sciences. Vol. 9 (1). ISSN 2289-9855.
    11. Payal, A & Laura, S. (2017). Slumdog Romance: Facebook love and digital privacy at the margins. Media, Culture and Society. Vol. 39 (3). 408-422.
    12. Rozmi Ismail. (2011). Psikologi Sosial. Bangi. Penerbit UKM.
    13. Whitty, M.T. & Buchanan, T. (2016). The Online Dating Romance Scam: The Psychological Impact on Victims–Both Financial and Non-financial. Criminology and Criminal Justice. Vol. 16(2), 176-194.