Kajian hubungan jangka masa panjang faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos sara hidup di Malaysia
List of Authors
  • Muhammad Zulkarnaen Mohd Nazri , Norlin Khalid

Keyword
  • kos sara hidup, pendapatan, penawaran dan permintaan, ARDL

Abstract
  • Peningkatan kos sara hidup sering dikaitkan dengan pelbagai faktor luar dan dalam negara yang menjadi punca kepada peningkatan harga barangan ditambah pula dengan peningkatan mendadak harga minyak mentah dan gas asli di seluruh dunia. Hal ini menjadi bertambah rumit apabila negara masih bergelut dengan masalah pengangguran di mana ratusan ribu rakyat kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana mengalami masalah kewangan yang teruk. Hal ini menjadi persoalan kepada banyak pihak dalam membincangkan solusi jangka masa panjang kerana melihat perkara ini seolah-olah tidak mempunyai jawapan sejak sekian lama. Memandangkan kos sara hidup terus meningkat walaupun gaji masih kekal pada tahap yang sama, saiz golongan B40 dilihat semakin membesar apabila golongan M40 berkemungkinan akan mengecil dan malah boleh jatuh ke dalam kemiskinan bandar. Oleh itu, kajian ilmiah ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan mengkaji variabel yang mempengaruhi kos sara hidup di Malaysia. Kajian ini juga menggunakan model Autoregressive Distributed Lag (ARDL) dan data siri masa sepanjang tahun 1981-2021. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan jangka masa panjang antara faktor pendapatan isi rumah, kadar pengangguran, pertumbuhan populasi, darjah keterbukaan dan nilai mawatang Ringgit terhadap peningkatan kos sara hidup di Malaysia. Walaubagaimanapun, kadar faedah tidak mempunyai hubungan secara langsung kepada pembolehubah bersandar.

Reference
  • 1. Aditya, H. (2020). Analisa Perilaku Konsumen, Produksi, Dan Pasar Dalam Islam. Ihtiyath: Jurnal Manajemen Keuangan Syariah.

    2. Aziz, A. R. A. (2020). Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), 1-9.

    3. Bahari, Z., & Ismail, N. A. (2018). Factors influencing the basic needs budget among the middle income earners in selected major cities in Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(3), 29-39.

    4. Bank Negara Malaysia, Annual Report 2021. Penelitian Semula Kos Sara Hidup: Punca dan Kesannya. https://www.bnm.gov.my/bnm-annual-report.

    5. Berita Harian. (2022). Ringgit lemah: Kos sara hidup rakyat meningkat. https://www.bharian. com.my/bisnes/pasaran/2022/05/953694/ringgit-lemah-kos-sara-hidup-rakyat-meningkat.

    6. Department of Statistics Malaysia (2022). Statistics on Demand. Time Series Data. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/ctimeseries&menu_id=bnk3bk0wTTkxOXVHaVg3SUFDMlBUUT09.

    7. Hamzah, N. H., & Masih, M. (2018). Revisiting effectiveness of interest rate as a tool to control inflation: evidence from Malaysia based on ARDL and NARDL.

    8. Hanafe, N., & Abdullah, B. (2022). Faktor-Faktor Peningkatan Kadar Pengangguran Di Malaysia Ketika Pandemik Covid-19.

    9. Haryanti, N. (2019). Teori Permintaan Dalam Perspektif Ekonomi Islam Dan Konvensional. Ejournal Sunan Gunung Djati State Islamic University, 1(2).

    10. Latimaha, R., Ismal, N. A., & Bahari, Z. (2020). Cost of Living and Standard of Living Nexus: The Determinants of Cost of Living. Jurnal Ekonomi Malaysia, 54(3), 1-14.

    11. Muflihin, M. D. (2019). Permintaan, Penawaran Dan Keseimbangan Harga Dalam Prespektif Ekonomi Mikro Islam. JES (Jurnal Ekonomi Syariah), 4(2).

    12. Muslimin, S., Zainab, Z., & Jafar, W. (2020). Konsep Penetapan Harga Dalam Perspektif Islam. Al-Azhar Journal of Islamic Economics, 2(1), 1-11.

    13. Mustafar, M. Z., & Mohamad, M. T. (2021). Model gelagat pengguna muslim: Analisa perspektif sarjana ekonomi Islam. E-Journal of Islamic Thought & Understanding (E-JITU), 1, 74-88.

    14. Nikkei Asia. (2022). Malaysia should open its markets to lower the cost of living. https://asia.nikkei.com/Opinion/Malaysia-should-open-its-markets-to-lower-the-cost-of-living.

    15. Parakkasi, I., & Kamiruddin, K. (2018). Analisis Harga Dan Mekanisme Pasar Dalam Perspektif Islam. Laa Maisyir: Jurnal Ekonomi Islam, 5(1).

    16. Rose, R. A. C., & Mutsamy, R. (2020). Kenaikan harga barangan dan impaknya terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Asian People Journal (APJ), 3(2), 106-121.

    17. Rosyida, S. (2019). Islamisasi Teori Konsumsi Masyarakat Muslim Modern. Islamika: Jurnal Ilmu-Ilmu Keislaman, 19(01), 8-25.

    18. Siwar, C., Ismail, M. K., Alias, N. A., & Zahari, S. Z. (2019). Kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) di Malaysia: Mengenal pasti trend, ciri, isu dan cabaran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    19. Sulaiman, N. F. C., Sanusi, N. A., & Muhamad, S. (2020). Survey dataset of Malaysian perception on rising cost of living. Data in brief, 28, 104910.

    20. Sutrisno, A. (2021). Ekonomi Islam Perspektif Ibnu Taimiyah. MUAMALATUNA, 13(1), 103-120.

    21. The Edge Markets (2021). Ringgit on weakening path in 2022, says Fitch Solutions. https://www.theedgemarkets.com/article/ringgit-weakening-path-2022-says-fitch-solutions

    22. Wahab, M. A. A., Shahiri, H. I., Mansur, M., & Zaidi, M. A. S. (2018). Kos Sara Hidup Tinggi di Malaysia: Pertumbuhan Pendapatan Isi Rumah yang Perlahan atau Taraf Hidup yang Meningkat. Jurnal Ekonomi Malaysia, 52(1), 117-133.

    23. World Bank Data (2022). https://data.worldbank.org/indicator/.

    24. Yahya, A. N. A., & Wan Hasan, W. N. (2019). Prinsip-Prinsip Penggunaan Islam Dalam Pelaksanaan Bantuan Rakyat (Principles of Islamic Consumption in the Implementation of People’s Aid). Journal Of Islamic, Social, Economic and Development, 4(24).