Hubungan pendidikan keusahawanan dengan operasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana golongan belia di Ranau
List of Authors
  • Kelvin Dale Yubidi , Norasmah Othman

Keyword
  • pendidikan keusahawanan, operasi perniagaan, perusahaan kecil dan sederhana

Abstract
  • Pendidikan keusahawanan memberi peluang kepada belia untuk mengetahui bakat terpendam yang bakal menyerlahkan keupayaan dan kemahiran yang tidak disedari. Namun, sejauh manakah tahap pendidikan keusahawanan pengusaha PKS dalam kalangan belia di negara ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pendidikan keusahawanan, tahap operasi perniagaan serta hubungan dengan tahap operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Data diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada belia di daerah Ranau yang menjalankan kegiatan PKS. Seramai 169 orang usahawan telah menjawab soal selidik tersebut. Responden ini terdiri daripada belia yang berumur di antara 15 tahun sehingga 40 tahun. Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu pendidikan keusahawanan, operasi perniagaan dan prestasi perniagaan. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) bagi mendapatkan data deskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis data yang diperoleh menunjukkan tahap pendidikan keusahawanan dan operasi perniagaan adalah sederhana. Manakala terdapat dua konstruk tahap pendidikan keusahawanan yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap operasi perniagaan PKS dalam kalangan belia di daerah Ranau. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada semua pihak tentang kepentingan pendidikan keusahawanan dalam kalangan belia sama ada pengetahuan tersebut diperoleh secara formal atau tidak formal. Pelaksanaan program atau aktiviti keusahawanan dari peringkat sekolah sehingga peringkat pengajian tinggi juga amat perlu sebagai pendedahan kepada belia tentang kerjaya keusahawanan pada masa kini.

Reference
  • 1. Ahmed, T., Chandran, V.G.R. & Klobas, J. (2017). Specialized entrepreneurship education: does it really matter? Fresh evidence from Pakistan. International Journal of Entrepreneurial Behavior & Research, 23(1), pp.4-19.

    2. Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad. (2010). Latihan Kemahiran Di Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

    3. Boon, Y. & Ab Aziz, A..(2010). Profil Keusahawanan Dikalangan Pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), pp. 1-6.

    4. Buang, N. A. & Yusof, Y. M. (2006). Motivating Factors that Influence Class F Contractors to Become Entrepreneurs. Jurnal Pendidikan, 31, pp. 107-121.

    5. Chittithawon C, Md. Aminul Islam, Thiyada Keawchana & Dayang Haslina. (2010). Factors affecting business success if small & medium enterprises (SMEs) in Thailand. Asian Social Science 7, pp.180-190.

    6. Fuad Mohamed Berawi. (2017). Metodologi Penyelidikan : Panduan Menulis Tesis. Sintok: Penerbit UUM.

    7. Gabriela Boldureanu,AlinaMariuca Ionescu, Ana-Maria Bercu, Maria Viorica Bedrule-Grigorut & Daniel Boldureanu. (2020). Entrepreneurship Education through Successful Entrepreneurial Models in Higher Education Institutions. Sustainability, 12, pp.1-33.

    8. Ghani, E., Kerr, W.R. & O'Connell, S. (2014). Spatial determinants of entrepreneurship in India. Regional Studies, 48(6), pp.1071-1089.

    9. Hardy Loh Rahim, Mohd Ali Bahari Abdul Kadir, Zanariah Zainal Abidin, Junainah Junid, Laila Heale, R. & Twycross, A. (2015). Validity and reliability in quantitative studies, Evid. Based Nurs., 18, pp. 66–67.

    10. Hopp, C. & Greene, F.J. (2018). In Pursuit of Time: Business Plan Sequencing, Duration and Intraentrainment Effects on New Venture Viability. J. Manag. Stud., 55, pp. 320–351.

    11. M. Arif Hidayat, Ali Anwar & Noer Hidayah. (2017). Pendidikan Non Formal Dalam Meningkatkan Keterampilan Anak Jalanan, 1( 1).

    12. Malaysia, Jabatan Perangkaan. (2021). Statistik Siswazah 2020: Lebih ramai siswazah dalam guna tenaga tidak penuh dan siswazah menganggur meningkat ketara sebanyak 22.5 peratus pada 2020. Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan. Retrieved from https://www.dosm.gov.my

    13. Mohamed Khaled Nordin. (2007). Memantapkan Budaya Keusahawanan Di Kalangan Generasi Baru melalui Sistem Pendidikan Nasional Dan Pengajian Agama: Gagasan dan Cabaran Merealisasikannya. Kertas Kerja Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia.

    14. Mohammad Alyas Bin Zainal Abidin & Roslinah Mahmud. (2020). Pandemik Covid-19 Dan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Di Malaysia. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan.

    15. Mohd Azis Ngah, Suzalina Halid & Fahmy A Rosli. (2019, July 7). Eksklusif: Graduan, siswazah miskin, B40 sukar dapat kerja setimpal. Berita Harian Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my

    16. Mohd Kamaruddin, Noor Faizah Mohd Lajin, Siti Zahrah Buyong & Adlan Ahmad Bakri. (2015). Entrepreneurship Education In Malaysia: A Critical Review. Journal of Technology Management and Business, 02(02), pp. 1-11.

    17. Mohd. Syahrir Rahim, Ahmad Zamil Abd. Khalid & Sahadah Hj. Abdullah. (2017) . Asas Keusahawanan. Sintok: Penerbit UUM.

    18. Mohsin, A., M., Halim, H. A., Ahmad, N. He & Farhana, N. (2017). Assessing the role of entrepreneurial competencies on innovation performance: A Partial Least Squares (PLS) Approach. Journal of Business Inquiry: Research, Education & Application, 6(1).

    19. Njomza Latifi Mustafa1 & Ymer Havolli. (2020). Founders’ Education and SME Performance in Kosovo. Journal of Economics and Management Sciences, 3 (1), pp. 29-38.

    20. Noor Afza Amran, Masanita Mat Noh & Natrah Saad. (2017). Perakaunan Perniagaan : Pendekatan Mudah. Sintok : Penerbit UUM.

    21. Nor Hafizah binti Hasan & Hazianti binti Ab. Halim. (2021). Kesan pengantaraan orientasi keusahawanan dalam hubungan di antara program pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan kejayaan perniagaan usahawan di Perak. Management Research Journal ,10 (1), pp. 42-57

    22. Norasmah Hj. Othman, Rosilah Hassan & Wan Mimi Diyana Wan Zaki. (2019). Pendidikan Asas Keusahawanan. Bangi:Penerbit UKM.

    23. Norasmah Hj. Othman. (2021). Pengurusan Enterprise Kecil dan Sederhana. Sintok: UUM Press

    24. Ridzuan Masri, Arman Ahmad & Razlina Abd Rani. (2018). Teori Maslow Dalam Konteks Memenuhi Keperluan Asas Pekerja Dan Peranannya Dalam Meningkatkan Prestasi Organisasi: Kajian Dan Perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 10 (1), pp. 1-27

    25. Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang & Ibrahim Mamat. (2019). Faktor-Faktor Penentu Kecenderungan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Akademika, 89(2), pp. 3-15.

    26. Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2017). Keusahawanan & Mengurus Prestasi Sumber Manusia. Bangi:Penerbit UKM.

    27. Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2017). Pengurusan. Perniagaan. Bangi:Penerbit UKM.

    28. Zaimah R. & Sazuani Abdullah. (2017). Tahap keupayaan usahawan dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kuala Terengganu. Malaysian Journal of Society and Space, 13 (4) ,pp.117-125.

    29. Zeynep Ozguner & Mert Ozguner. (2014). A Managerial point of view on the relationship between of Maslow’s hierarchy of needs and Herzberg’s dual factor theory. International Journal of Business and Social Science, 5(7), pp. 207-215