Hubungan Ketagihan Media Sosial Dengan Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Nur Jalilah Anuar, Shahlan Surat

Keyword
  • Tahap Ketagihan Media Sosial, Tahap Kecerdasan Emosi, Murid Sekolah Rendah

Abstract
  • Peningkatan penggunaan media sosial telah mengubah gaya hidup kanak-kanak dan boleh memberi kesan kepada kesejahteraan emosi kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara ketagihan media sosial dengan kecerdasan emosi murid sekolah rendah di daerah Petaling Utama, Selangor. Seramai 368 orang murid tahun 5 & 6 telah dipilih melalui teknik persampelan secara rawak berkelompok daripada 10 buah sekolah kebangsaan di daerah Petaling Utama, Selangor. Instrumen soal selidik adalah diadaptasi daripada Social Media Addiction Scale -Student Form (SMAS-SF) dan Inventori Kecerdasan Emosi. Penganalisian data secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 26.0. Hasil kajian mendapati tahap ketagihan media sosial murid berada pada tahap rendah dan tahap kecerdasan emosi murid berada pada tahap sederhana. Analisis korelasi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan media sosial dengan kecerdasan emosi murid. Lantaran itu, usaha daripada pelbagai pihak diperlukan bagi memperkukuhkan kecerdasan emosi untuk membentuk generasi yang lebih kompeten pada masa hadapan. Langkah-langkah intervensi awal juga perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah ketagihan media sosial dalam kalangan murid yang terlibat tidak berlarutan sehingga menganggu proses perkembangan mereka.

Reference
  • No Data Recorded