Faktor Pendorong Penglibatan Belia dalam Perniagaan Pasar Malam di Pekan Changlun, Kedah
List of Authors
  • Sharifah Sofiah Syed Ibrahim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor pendorong peniaga belia dan yang berniaga di Pasar Malam Changlun, Kedah. Belia merupakan golongan yang  penting untuk membangunkan sektor ekonomi negara pada masa kini dan hadapan. Belia harus diberi galakan agar mereka dapat menyumbang kepada perkembangan Industri Kecil dan Sederhana negara.  Metodologi kajian menggunakan data deskriptif dan  bentuk persampelan bertujuan.  86 orang responden dipilih dari populasi seramai 110 orang peniaga dalam kategori belia (18-40 tahun) yang mendaftar di Bahagian Pendaftaran Perniagaan di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Antara hasil kajian yang dikenalpasti ialah belia melibatkan diri dalam perniagaan pasar malam disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh keluarga, pendapatan, pengalaman semasa disekolah, dan telah mendapat latihan dan kursus perniagaan. Dicadangkan agar program yang membantu beliau menguruskan perniagaan harus diperhebatkan lagi dan mereka perlu diberi motivasi agar mereka berdaya saing, tidak mengalah dan sanggup menghadapi cabaran jatuh bangun ekonomi negara dan perniagaan. Usaha beliau untuk berniaga harus dihargai kerana usaha gigih mereka dapat merancakkan sektor peniagaan ini dan dapat meningkatkan kualiti hidup belia dan kelauarga mereka lebih-lebih lagi diluar bandar. Usaha beliau untuk berniaga ini adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional.


Reference
  • No Data Recorded