Pengurusan Risiko Perniagaan merupakan sebahagian daripada amalan dalam perniagaan yang menjadi prasyarat untuk berjaya dalam dunia keusahawanan. Risiko perniagaan ialah kebarangkalian berlaku sebarang peristiwa berkaitan perniagaan yang berupaya memberi kesan kepada matlamat perniagaan yang diusahakan. Disebabkan pengaruh risiko terhadap sesuatu perniagaan berkait rapat dengan saiz perniagaan, maka pengurusan risiko kurang diambil berat oleh usahawan mikro walaupun amalannya mengundang banyak manfaat berbanding kos terhadap perniagaan mereka. Penulisan ini bertujuan untuk mengetahui amalan dalam pengurusan risiko perniagaan yang dilaksanakan oleh usahawan mikro dibawah kelolaan TEKUN Nasional di Pulau Pinang. Kajian ke atas 112 responden berstatus belia mendapati bahawa pengetahuan dan amalan usahawan mikro ini adalah pada tahap sederhana. Hanya sejumlah 64.3% yang mengamalkannya seperti menyediakan buku rekod kewangan dan mengemaskini maklumat pasaran. Hal ini menunjukkan bahawa amalan pengurusan risiko perniagaan mereka perlu ditingkatkan agar impak perubahan yang berupaya memberi risiko kepada perniagaan dapat dikurangkan. Justeru itu pelbagai inisiatif dan program kesedaran yang berterusan dalam meningkatkan amalan pengurusan risiko perniagaan dalam kalangan usahawan mikro belia perlu diberi perhatian serius kerana kewujudan bentuk-bentuk risiko baru seperti masalah ekonomi dan kesan pandemic Covid-19 yang melanda dunia pada masa kini berupaya di urus dan ditangani.
Reference
1. Daskalakas, N., Jarvis, R. & Schizas, E. (2013). Financing Practices and preferences for micro and small firms. Journal of Small Business and Entreprise Development, 20(1), 80-101.
2. Eza Ezamie (2020). Statistik Muflis di Malaysia. Berita kewangan 28 Disember 2020. https://www.majalahlabur.com/kewangan/statistik-muflis-di-malaysia/
3. Hillson, D. (2016). The risk management handbook: A practical guide to managing the multiple dimensions of risk, Kogan Page: London.
4. https://books.google.com.my/books?id=QohGDAAAQBAJ&hl=ms&source=gbs _slider_cls_metadata_5_mylibrary.[20 April 2020]
5. Hitesh, B. (2019). What Is Risk Management? Importance of Risk Management, available at https://www.marketing91.com/what-is-risk-management/ [1 Mac 2020].
6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2017). Profil Demografi dan Ekonomi 2015 https://www.penang.gov.my/images/penerbitan/SOSIO%202017/DEMOGRAFI.pdf
7. Kumar, S. (2021). Risk Management and Enterprise Risk Management. Academia Letters, Article2234.https://doi.org/10.20935/AL2234.
8. Lumpkin, G. T., & Dess, G. G. (1996). Clarifying the entrepreneurial orientation Construct and linking it to performance. The Academy of Management Review, 21(1), 135-72.
9. Muhamamd Zulhafizi Mohd Yusof, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Ali Salman (2020). Cabaran Usahawan Muda dalam Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 12, (page 355 - 366), 2020 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i12.614 357
10. Norhaspida Yatim (2019). Beri kesan perniagaan golongan belia: Pertunas.
11. https://www.sinarharian.com.my/article/36113/EDISI/Terengganu/Beri-kesan-perniagaan-golongan-belia-Pertunas. 05 Julai 2019
12. Sherraden, M., Sanders, C.K. & Ssewamala, F. (2004). Kitchen capitalism: microenterprises in low-income households. New York: State University of New York Press.
13. Zulnaidi Yaacob (2016). Pengurusan risiko kewangan dalam kalangan peminjam pinjaman perniagaan. Laporan Akhir Geran RU, Universiti Sains Malaysia.
14. Zulnaidi Yaacob (2018). Mengurus Risiko: gaya Usahawan Berjaya. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia