: Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan isuatu tranformasi di dalam sistem ipendidikan di Malaysia ketika ini selaras dengan pelaksanaan iPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Amalan pengajaran yang menerapkan konsep KBAT ini telah diterapkan kepada keseluruhan mata pelajaran mengunakan teori kemahiran berfikir taksonomi Bloom dan pengolahan dari Teori Anderson. Namun begitu, bagi imata pelajaran Pendidikan Islam yang iberteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, pelaksanaan elemen KBAT ini perlu diterjemahkan menerusi asas Falsafah Pendidikan Islam yang meletakkan kesempurnaan pendidikan iakal sebagai teras utama di dalam memacu pembudayaan kemahiran berfikir ini. Kemunculan tokoh iseperti Ibn Khaldun yang membicarakan secara menyeluruh pendidikan akal berteraskan konsep kemahiran berfikir dalam kitabnya al-Muqaddimah (1377M), sebenarnya telah mencetuskan kemahiran berfikir ini lebih awal. Justeru, kajian ini menggunakan proses penganalisisan kaedah kualitatif secara analisis kepustakaan di dalam memhami maksud konsep kemahiran berfikir oleh Ibn Khladun dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Dapatan kajian ini menghasilkan empat konsep asas di dalam keperluan penerapan KBAT mengikut teori Ibnu Khaldun iaitu peringkat aql tamyizi (mengaplikasi), aql tajribi (menganalisis), aqal nazori (menilai) dan hakikat insaniyah (mencipta). Secara keseluruhannya, pelaksanaan PdPc yang menerapkan KBAT seharusnya menitik beratkan proses dan falsafah pengajaran yang telah dibentuk ioleh Ibn Khaldun bagi memastikan nilaian kefahaman, penghayatan dan pengamalan ioleh guru dan pelajar menepati kehendak yang ditetapkan berasaskan acuan Falsafah Pendidikan Islam.