KELESTARIAN PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP KOMUNITI PESISIR PANTAI: KAJIAN KES DI SENOK, KELANTAN
List of Authors
, ABDUL RAHMAN ABDUL LATIP, ABDUL RAHMAN ABDUL LATIP , NAZLI AZIZ, NOR HAFZAN ABD RASID, NOR HAYATI SA’AT, NOR HAYATI SA’AT , NORFATIHA OTHMAN
Keyword
Pembangunan, sosioekonomi, kesejahteraan hidup, pembangunan lestari, komuniti pesisir pantai
Abstract
Pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup di
Malaysia. Walau bagaimanapun, setiap program pembangunan perlu mengambil kira keseimbangan pembangunan sosial dan ekonomi supaya dapat memberi impak yang positif kepada komuniti secara lestari. Di Kelantan khususnya, komuniti nelayan pesisiran Bachok, mencapai kesejahteraan hidup melalui pergantungan kepada modal manusia dan modal sosial berasaskan keusahawanan. Kajian ini bertujuan meneliti tahap perubahan sosioekonomi dan kualiti hidup komuniti pesisir pantai di Bachok dalam aspek kelestarian pembangunan dan kesejahteraan hidup. Kajian yang dilaksanakan di Senok, Bachok pada tahun 2018 ini melibatkan komuniti pesisir pantai di tiga buah kampung iaitu Kampung Pantai Senok, Kampung Senok dan Kampung Cherang Laut. Komuniti Senok dipilih kerana mereka boleh dikategorikan sebagai komuniti terpinggir di pesisir pantai dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih yang terhad. Kajian menggunakan kaedah temu bual berasaskan borang soal selidik ke atas 200 orang responden. Hasil kajian mendapati tahap kesejahteraan hidup mencatatkan nilai purata yang tinggi iaitu 2.82. Umumnya, pembangunan kelestarian dan kesejahteraan hidup komuniti Pantai Senok bergantung kepada perancangan pembangunan secara bersepadu dalam aspek pendidikan, keusahawanan sosial dan ekonomi setempat.