Penggunaan Bahan Manipulatif Maya dalam Pengajaran Konsep Pecahan di Sekolah Rendah
List of Authors
  • Jacky Cheng Kok Fung, Roslinda Rosli

Keyword
  • bahan manipulatif maya, pecahan, guru matematik sekolah rendah, pengalaman mengajar, cabaran penggunaan teknologi

Abstract
  • Bahan manipulatif maya merupakan salah satu alat bantu mengajar berasaskan teknologi yang berpotensi meningkatkan pemahaman konsep pecahan dalam kalangan murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, tahap penggunaannya dalam pengajaran matematik masih belum menyeluruh dan berhadapan dengan pelbagai kekangan dalam konteks bilik darjah sebenar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan manipulatif maya dalam pengajaran topik pecahan, mengenal pasti perbezaan amalan penggunaan berdasarkan pengalaman mengajar guru dan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam penggunaannya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan dengan melibatkan seramai 36 orang guru matematik sekolah rendah di negeri Johor sebagai responden. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan bahan manipulatif maya pecahan dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam amalan penggunaannya berdasarkan pengalaman mengajar guru. Selain itu, cabaran utama yang dikenal pasti termasuk kekurangan peranti, bebanan tugas sampingan guru serta saiz kelas yang besar. Implikasi kajian ini memberikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang sokongan dan inisiatif yang lebih berfokus bagi menggalakkan penggunaan bahan manipulatif maya secara berkesan dalam pengajaran matematik sekolah rendah.

Reference
  • No References Recorded