Kesediaan komuniti dalam ekopelancongan di Hulu Terengganu
List of Authors
  • Hazman Samsudin , Norhayati Ab Manaf

Keyword
  • kesediaan, belia, luar bandar, ekopelancongan

Abstract
  • Ekopelancongan merupakan salah satu cabang sektor pelancongan yang penting di Malaysia pada masa kini. Aktiviti ekopelancongan merupakan satu aktiviti ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara dan meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat. Penglibatan komuniti setempat khususnya golongan belia luar bandar dalam aktiviti ekopelancongan menawarkan peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong alam semulajadi (nature guide), terlibat dalam aktiviti perniagaan, mendapat faedah daripada aktiviti dan produk ekopelancongan dan berpeluang meluaskan rangkaian sosial. Namun, kesediaan komuniti setempat dalam aktiviti ekopelancongan ini menjadi isu utama bagi usaha pembangunan pelancongan yang berjaya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk melihat kesediaan komuniti belia luar bandar dalam aktiviti ekopelancongan di Hulu Terengganu. Kajian ini dijalankan semasa pelaksanaan Program Penghayatan Alam: Apresiasi Flora dan Fauna pada 25 hingga 27 Julai 2017 bertempat di Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 50 orang yang berasal dari kampung-kampung di sekitar Hulu Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden tidak pernah menghadiri program atau latihan sebagai pemandu pelancong. Tujuh faktor utama responden menghadiri program penghayatan alam ini ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, menimba pengalaman, mengisi masa terluang, faktor minat untuk menceburi bidang pemandu pelancong, meningkatkan kesedaran, bersesuaian dengan bidang dan faktor peranan keluarga. Walaupun majoriti daripada responden tidak terlibat dalam aktiviti ekopelancongan, namun selepas mengikuti program ini, majoriti responden berminat untuk menjadi pemandu pelancong dan bersedia untuk menghadiri Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi (nature guide) di masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa majoriti belia yang menghadiri program ini bersedia untuk terlibat dalam aktiviti ekopelancongan di tempat mereka.

Reference
  • 1. Abd Halim, N. I. B., & Choy, E. A. (2016). Hubungkait peranan pihak kerajaan dan pihak masyarakat: pembangunan ekopelancongan di Pulau Langkawi, Kedah. e-BANGI, 11, 21-44.

    2. Adam, S. B. M. (2018). Impact of Ecotourism Development on Quality of Life of Local Community at Tasik Kenyir, Malaysia.

    3. Choy, E. A., Rose, R. A. C., Lyndon, N., Abdullah, M. A., & Adam, J. H. (2017). Ekopelancongan dan analisis sosioekonomi komuniti Ulu Dong (The socio-economy of local ecotourism-An analysis of the Ulu Dong community). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(9).

    4. Garrod, B. (2003). Local participation in the planning and management of ecotourism: A revised model approach. Journal of Ecotourism, 2(1), 33-53.

    5. Halim, N. A., Er, A. C., Adam, J. H., Juhari, M. A. A., & Tarmidzi, S. N. A. (2017). Potensi pelancongan di Matu-Daro, Sarawak: Persepsi komuniti lokal (Local tourism potentials as perceived by the local community: The case of Matu Daro, Sarawak). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 8(9).

    6. Leksakundilok, A. (2004). Community participation in ecotourism development in Thailand.

    7. Nunkoo R, Gursoy D (2012) Residents’ support for tourism: An identity perspective. Annals of Tourism Research 39(1), 243-268.

    8. Scheyvens, R. (1999). Ecotourism and the Empowerment of Local Communities. Tourism Management. 20, 245-249.

    9. Scheyvens, R. (2000). Promoting Women’s Empowerment through Involvement in Ecotourism: Experiences from the Third World. Journal of Sustainable Tourism. 8, 232-249.

    10. Scheyvens, R. (2007). Ecotourism and Gender Issues in James Higham (ed). Critical issues in Ecotourism (Elsevier, Burlingtin, 185-213.

    11. Set, K. (2013). Determining the key success factors of tourism small and medium-sized enterprises (TSMEs) in Malaysia (Doctoral dissertation, PhD Thesis. Newcastle Business School, University of Newcastle. Australia).