Adat dan amalan masyarakat Bugis di Pontian, Johor dalam aktiviti perikanan
List of Authors
  • Rosmiza M.Z. , Sharifah Raihan Syed Jaafar

Keyword
  • adaptasi, adat, budaya, masyarakat Bugis, nelayan, perikanan

Abstract
  • Suku Bugis dikenali sebagai pelaut dan pedagang ulung. Penjajahan Belanda di Sulawesi telah menyebabkan penghijrahan keluar suku Bugis ke negara serantau, selain ingin meningkatkan kualiti hidup. Mereka membawa bersama adat dan budaya ke tempat baharu. Antara aktiviti ekonomi utama masyarakat Bugis di perantauan adalah menjalankan aktiviti perikanan. Sebagai imigran, mereka berupaya mengadaptasi adat dan budaya tinggi masyarakat Bugis dengan budaya masyarakat tempatan di lokasi yang baharu. Selain itu, mereka berjaya mengasimilasikan adat dan budaya tersebut dengan agama yang dianuti dengan agama masyarakat tempatan. Proses asimilasi dan faktor masa telah mengubah sedikit sebanyak adat dan budaya asal yang diamalkan oleh masyarakat Bugis. Malahan, adat dan budaya tersebut semakin kurang diamalkan oleh masyarakat Bugis kini, terutamanya dalam menjalankan aktiviti perikanan. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji tahap pengetahuan masyarakat Bugis terhadap adat dan budaya yang diamalkan dalam menjalankan aktiviti ekonomi perikanan. Kaedah kajian kualitatif dijalankan ke atas 10 orang informan di daerah Pontian, Johor. Hasil kajian mendapati upacara ritual yang diamalkan oleh masyarakat Bugis diasimilasikan dengan amalan berteraskan Islam. Namun begitu, sebahagian besar informan kurang mengetahui tentang adat yang diamalkan dalam menjalankan aktiviti perikanan. Hal ini menunjukkan adat dan budaya asal masyarakat Bugis semakin terhakis kesan peredaran semasa dan perkembangan syariat Islam. Oleh itu, adat dan budaya masyarakat Bugis perlu diterapkan kepada golongan muda agar terpelihara, selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam bagi yang menganuti agama Islam.

Reference
  • 1. Alham, R. S. 2015. Interaksi dinamika budaya dan ekonomi dalam amalan pertanian di Sulawesi Selatan. Tesis Ph.D. Fakulti Pengurusan, Universiti Teknologi Malaysia: Skudai.

    2. Andi Muhammad Akhmar, Burhanuddin Arafah, & Wahyuddin Padirman. 2017. Strategi budaya orang Bugis Pagatan dalam menjaga identitas kebugisan dalam masyarakat multikultur. Kapata Arkeologi, 13(1), 73-82.

    3. Artiningrum, P., Sukmajati, D. 2017. Adaptasi arsitektur vernakular kampung nelayan Bugis di Kamal Muara. Jurnal Arsitektur Nalars, 16(1), 69-84.

    4. Asmiaty Amat (eds). 2013. Bugis Sabah. Siri Etnik Sabah. ITBM: Kuala Lumpur.

    5. Bakti Andi Faisal. 2010. Diaspora migran Bugis di Alam Melayu Nusantara. I. Ininnawa.

    6. Departemen Pendidikan Nasional. 2008. Kamus besar Bahasa Indonesia. Edisi Ke-5. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Umum.

    7. Diananta, P. S. 2016. Ini mappanretasi, ritual nelayan Bugis di Tanah Kalimantan https://travel.tempo.co/

    8. Harun, M. H., Katutu, B., & Yahya, S. R. (2013). Diaspora Bugis di Sumatra. Tanjong Malim. Fakulti Bahasa dan Komunikasi: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    9. Irfan, Muhammad. 2010. Laporan hasil penelitian pelayanan Kementerian Agama terhadap penganut Khonghucu Kota Bitung. Balai Litbang Agama: Makassar.

    10. Koentjaraningrat. 1979. Manusia dan kebudayaan di Indonesia. Jakarta: Djambatan.

    11. Makmur Harun, Buchari Katutu, & Sitti Rachmawati Yahya. 2013. Diaspora Bugis di Sumatra menyelusuri seni dan budaya Bugis di Provinsi Jambi. Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    12. Maskon. 2010. Budaya dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Mutlimedia.

    13. Mattulada. 1995. Latoa satu lukisan analitis terhadap antropologi politik orang Bugis. Lembaga Penelitian Universitas Hasanuddin: Ujung Padang.

    14. Mattulada.1974. Bugis-Makassar: Manusia dan kebudayaannya. Fakultas Sastra, Universitas Indonesia: Jurusan Antropologi.

    15. Muhammad Arif Saenong. 2013. Pinisi Paduan Teknologi dan Budaya. Yogyakarta: Penerbit Ombak. pp. 112-113.

    16. Muhammad Nur. 2019. Pola interaksi migran Bugis dalam pengembangan pendidikan agama di Kota Bitung. Pusaka Jurnal Khazanah Keagamaan, 7(2), 235-242.

    17. Nirmala Dewi. 2016. Upacara Pembuatan Perahu Pinisi di Kecamatan Bontobahari Kabupaten Bulukumba (Study Antropologi Budaya). Tesis Sarjana. Fakultas Adab dan Humaniora UIN Alauddin, Makassar.

    18. Nolan, B. 2011. Ekonomi politik masyarakat nelayan skala kecil: Sebuah studi perbandingan masyarakat. J. Sosek KP, 11(1), 89-98.

    19. Rasid Yunus. 2013. Transformasi nilai-nilai budaya lokal sebagai upaya pembangunan karakter bangsa (Penelitian studi kasus budaya Huyula di Kota Gorontalo). Jurnal Penelitian Pendidikan, 14(1). 65-77.

    20. Supratman. 2013. Bentuk dan motivasi rantau dalam budaya Bugis. Diakses daripada http://repository.unhas.ac.id.

    21. Syed Ismail Syed Mustapa, & Ahmad Subki Maskon. 2010. Budaya dan Pembelajaran. Puchong.Selangor: Penerbitan Mutlimedia.

    22. Yuliaty, C., Triyanti, R., & Kurniasari, N. 2016. Dominasi pemanfaatan sumber daya perikanan di kota Kendari studi kasus: Nelayan Bugis Makassar. J. Sosek KP, 11(1), 89-98.

    23. Zaenal Abidin, Sabri Samin, & Moh. Sabri Ar. 2019. Pemmali: Metode dakwah leluhur Bugis Makassar. Jurnal Tabligh, 20(1), 88-105.