Program Mentor Mentee Dalam Meningkatkan Konsep Kendiri Pelajar Sekolah Menengah
List of Authors
  • Josephine anak Guntol

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti konsep kendiri pelajar sekolah menengah yang telah mengikuti Program Mentor Mentee serta mengkaji persepsi guru tentang pelaksanaan Program Mentor Mentee dalam pembentukan konsep kendiri. Kajian berbentuk kajian tinjauan ini melibatkan 306 sampel rawak pelajar tingkatan lima di Daerah Kapit iaitu 49.7% pelajar lelaki dan 50.3% pelajar perempuan. Alat ujian yang digunakan dalam kajian ini ialah Tennessee Self Concept Scale (TCSS) yang terdiri daripada 100 item yang mengandungi item positif dan item negatif. Skala jawapan berbentuk skala likert lima mata iaitu Sangat benar, Benar, Tidak pasti, Tidak benar dan Tidak benar sama sekali. Data dianalisis menggunakan perisian Statistik SPSS 22. Hasil kajian menunjukkan tiada pelajar yang mempunyai tahap konsep kendiri yang rendah. Tahap konsep kendiri dalam kalangan pelajar setelah mengikuti program Mentor Mentee berada pada tahap sederhana (10.5%) dan tahap tinggi (89.5%) dengan nilai min, 319.66 dan SP, 14.423. Hasil kajian juga menunjukkan para guru mempunyai persepsi yang positif dan baik terhadap pelaksanaan Program Mentor Mentee dalam pembentukan konsep kendiri pelajar. Keseluruhannya, konsep kendiri pelajar meningkat setelah mengikuti Program Mentor Mentee yang telah dilaksanakan.


Reference
  • No Data Recorded