Tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan usahawan inap desa di Melaka
List of Authors
  • Khairani Arshad , Siti Zahrah Salihan

Keyword
  • Inap desa, kepuasan, perkhidmatan, kemudahan, usahawan

Abstract
  • Inap desa ialah istilah bagi rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat atau kawasan yang kecil dan terpencil serta tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Kewujudan inap desa semakin berkembang dan bertambah di setiap kawasan di negara kita. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan usahawan inap desa di sekitar Melaka. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan terhadap layanan di inap desa dan mengenalpasti tahap kemudahan yang disediakan oleh usahawan inap desa. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti tahap harga yang ditawarkan di inap desa. Seramai 337 orang pelanggan inap desa telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 22.0) dengan mengambil kira nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelanggan terhadap layanan di inap desa adalah tinggi dengan skor min keseluruhan 4.13 dan tahap kemudahan yang disediakan di inap desa juga skor min keseluruhan yang tinggi iaitu 3.9. Manakala tahap harga yang ditawarkan di inap desa adalah juga tinggi nilai skor min dengan 4.1. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan usahawan inap desa adalah di tahap yang tinggi. Kajian ini turut mengemukakan beberapa langkah dan cadangan kepada pihak yang terlibat untuk terus membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan inap desa.

Reference
  • 1. Abdulla M.Alhemoud.(2010)."Banking in Kuwait:a customer sarisfaction case study".Faculty of Business studies,Arab Open University,safat,Kuwait.

    2. Adam. (2009). Penggunaan Bahasa Arab Dalam Komunikasi Pemandu Pelancong Ke Arah Penggunaan Bahasa Arab Dalam Komunikasi Pemandu. International Islamic University Malaysia, 1-11. Retrieved from International Islamic University Malaysia: http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    3. Adrianna. A, Cindy. J, Nor’ain, O. (2007). Study of tourists’ expectation and perception towards products and services offered by Walai Tokou Homestay Kundasang Sabah. The 3rd Tourism outlook conference & global events Congress II, Heritage & Tourism: Alliance & Network relationship, Event management & Event Tourism, N. Othman & M.Jamaludin (Ed).UPENA.

    4. Aida Suraya Hj. A. Kahar. (2008). Model Kepuasan Pelanggan Bagi Laman Web E-Runcit. Projek Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    5. Ariffin, A. (2011). Involvement of co-operative in homestay business. Research Monograph, Co-operative College of Malaysia, Selangor, Malaysia

    6. Azizan, A. K. (2010). pdf. Retrieved from http://www.kuis.edu.my/icomm/1st/e-proceedings/IC030.pdf

    7. Azree, S. (2012). pdf. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    8. Bavani S, Noor Fizilah L, Sangja J, Ahmad A, Kassim A, Ibrahim A (2015) Visitor Satisfaction of Kanchong Darat Homestay, Selangor – A Case Study. 5 th International Symposium 2015 – IntSym 2015, SEUSL.

    9. Beeton. (2006). “Tourism and Sustainable Development: The Community Perspective” in Tourism and Sustainable Development: Monitoring, Planning, Managing. Heritage Resources, University of Waterloo. Retrieved from weebly: http://www.beeton.com

    10. Chin. (2009). International Seminar on Community-Based Tourism: Learning from the Homestay Program in Malaysia. Role of the Government in Promoting Community-Based Tourism. Secretary Policy and Planning Division Ministry of Tourism Malaysia. corporation, m. w. (n.d.). datum.

    11. Dambul,R. (2008). Memahami permasalahan pelancongan di Kundasang, Sabah:. Malaysian Journal of Society and Space, 20-31.

    12. Esmado, M.I. (2016). Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/302896717_Tourist_perception_towards_homestay_businesses_Sabah_experience

    13. Hamzah. (2009). Penyertaan Komuniti Luar Bandar Dalam Bidang Keusahawanan Melalui Program Gerakan Daya Wawasan (GDW). Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke IV 2012, 369-384. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    14. Hallowell, R. (1996). The relationships of customer satisfaction, customer loyalty and profitability International. Journal of Service Industry Management, 7(4), 27-42.

    15. Hussin R, Kunjuraman V (2014) Sustainable Community-Based Tourism (CBT) Through

    16. Homestay Programme In Sabah, East Malaysia. proceeding of the social sciences research icssr 2014 (e-isbn 978-967-11768-7-0). 9-10 june 2014, kota kinabalu, sabah, Malaysia. organized by http://worldconferences.net. Sustainable community-based tourism (CBT) through homestay programmed in Sabah, East Malaysia. In Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014, 41–61 (2014)

    17. Johan Afendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. (2010). Pelancongan Sempadan: Potensi Dan Cabaran. Prosiding Perkem V, Jilid 2, 260 – 272.

    18. Johan Afendi Ibrahim,Mohamad Zaki Ahmad. (2011). Pelancongan Langkawi 1987 - 2010: Pencapaian dan Cabaran Masa. Prosiding Perkem Vi, Jilid 1, 602 – 613.

    19. Johnson M. D. & Fornell, C. (1991). A Framework for Comparing Customer Satisfaction Across Individuals and Product Categories. Journal of Economic Psychology, 267–286.

    20. Jusoh, H. (2009). Penyertaan Komuniti Luar Bandar Dalam Bidang Keusahawanan Melalui Program Gerakan Daya Wawasan (GDW). Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke IV 2012, 369-384. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    21. Jusoh, Hamzah. (2009). Penentuan Kemahiran Yang Bersesuaian Untuk Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    22. Kasim Hj. Mansur, Mori Kogid. (2008). Koridor Pembangunan Sabah (Sdc): Harapan Dan Cabaran. Prosiding Perkem Iii, Jilid 1, 576 – 589 .

    23. Kayat. (2006). Penglibatan Ahli Komuniti Dalam Program Pembangunan. Satu Kajian Ke Atas Program Homestay Di Kedah. Akademika., 67. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/7108/1/Nik_Zulkarnain_Bin_Nik_Soh_@_Nik_Othman_24.pdf

    24. Kayat, K. (2009) Community based tourism in developing countries. Paper presented at the International Seminar on Community Based Tourism, Shah Alam, Malaysia, 4–5 August

    25. Konting, M. M. (2000). Retrieved from https://www.scribd.com/document/365614861/Report-Hubungan-Etnik-Masyarakat-Iban-Sarawak-Pasca-Modenisasi-Di-Universiti-Kebangsaan-Malaysia-Ukm

    26. Kotler. (2000). PDF. Retrieved from PDF: http://eprints.undip.ac.id/23450/1/Skripsi.pdf

    27. Lendrum. (2003). Strategi Pembangunan Program Homestay Kampung. The Strategic Partnering Handbook. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    28. Maisarah Mohd Rabu, N.M. Tawil, Habibah Ahmad, Abdul Rahman Mohd Rabu. (2016). Membangunkan Program Eco-Agro-Edu Homestay. Journal Of Social Science And Humanities , 12-14.

    29. Makiya, K. R. (2016). pdf. Retrieved from journal article: http://journalarticle.ukm.my/11095/1/16270-45582-1-PB.pdf

    30. Makiya K.R , Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh , Amriah Buang, (2016). Noralyanie, NA., Sri

    31. Winarni S., Choy, E.A. 2014. Hospitaliti dalam pembangunan pelancongan di Indonesia: Perspektif psikologi positif. Journal of Society and Space 10 issue 8 (40 - 54).

    32. Mapjabil J, Asma S, Mohd Rosdi Shuib, Sharmini Abdullah (2011) Pembangunan program homestay di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Profil, produk dan prospek. Journal of Society and Space 7 issue 2 (45 - 54).

    33. Mohd Noor II, Mohd Hafiz Hanafiah, Norliza Aminuddin, Norazah Mustafa (2016) Community-Based Homestay Service Quality, Visitor Satisfaction, and Behavioral Intention. Procedia - Social and Behavioral Sciences 222 ( 2016 ) 398 – 405.

    34. Muhammad Afiqsyah Mohd Ramli, Muhammad Arif Nasir, Dina Syamilah Zaid, Hartini Adenan (2016) Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Homestay Di Melaka: Kajian Kes Di Homestay Seri Tanjung. Journal of Hospitality and Networks Jurnal Hospitaliti dan Jaringan Volume 1 2016: 81-90

    35. Najib, M. (1997). Penyelidikan Pendidikan. Skudai. Penerbit Universiti.

    36. Noridah. (2003). PDF. Retrieved from PDF.

    37. Nurulhuda C. A. & Ramlee M. (2009). Kajian Kes Usahawan Tani Industri Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu. Jurnal Pendidikan Malaysia, 143-165. Retrieved from Adobe Reader: www.merriam-webster.com/dictionary/homestay

    38. Othman. (2010). Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia. . Sosiohumanika, 273-294. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    39. Rangkuti. (2002). PDF. Retrieved from PDF: http://eprints.undip.ac.id/23450/1/Skripsi.pdf

    40. Rosniza Aznie CR, Nor Amirah M. Rosmiza MZ, Novel L. (2016). Pengurusan Kampung Tradisional Di Kampung Morten Melaka. Journal Of Social Science And Humanities, 13-15.

    41. Sulaiman Ngah Razali (2002). Analisis Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    42. Shah, N. N. (2016). Retrieved from kajian kepuasan pelancong terhadap tahap kebersihan homestay di Labuan yang dikaji oleh Noor Naim Shah (2016 ).

    43. Shamsuri, M. (2013). pdf. Retrieved from pdf:http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    44. Shamsuri, M. (2013). pdf. Retrieved from pdf: http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    45. Shukor, M. S., Salleh, N. H. M., Othman, R., & Idris, S. H. M. (2014). Perception of homestay operators towards homestay development in Malaysia. Jurnal Pengurusan, 42(2014), 3–17.

    46. Sulehan. (2008). Memobilisasikan Penyertaan Lokal Melalui Participatory Rural Appraisal (PRA) Bagi Penilaian Keperluan Untuk Pembangunan Komuniti. Jurnal Malaysia, 170-179. Retrieved from http://eprints.uthm.edu.my/4179/1/Mohd_Mahathir_Suhaimi_Shamsuri.pdf

    47. Talib. (2009). Penyertaan Komuniti dalam Bidang Keusahawanan Luar Bandar. Prosiding Persidangan Kebangsaan, 738-749. Retrieved from http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVII/PKEM2012_3B2.pdf

    48. Tsai, L. L. (2007). PDF. Retrieved from PDF:http://repository.um.edu.my/695/7/Thesis%20Aslina%20binti%20Arshad.pdf

    49. Turner. (2011). Analisa Pendapat Pelancong di Homestay Kampung Panglima Seman Lama. 3-4. Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Shaik_Azahar_Shaik_Hussain/publication/318359192_Analisa_Pendapat_Pelancong_Di_Homestay_Kampung_Panglima_Seman_Lama/Links/59657f29a6fdcc69f148c2e2/Analisa-Pendapat-Pelancong-Di-Homestay-Kampung-Panglima-Seman-Lama

    50. Turner. (2011). PDF. Retrieved from PDF: https://www.researchgate.net/...Homestay.../Analisa-Penda.

    51. Vihn NQ (2013) Destination Culture and Its Influence on Tourist Motivation and Tourist Satisfaction of Homestay Visit. Journal of the Faculty of Economics and Administrative Sciences 2013, Volume 3, Issue 2, pp.199-222

    52. Wall,M. d. (1982). pdf. Retrieved from eprints: http://eprints.uthm.edu.my/4212/1/Tengku_Noraisyah_Tengku_Zahari.Pd