Punca pengangguran dalam kalangan belia luar bandar di Sarawak
List of Authors
  • Dayangku Aslinah Abd. Rahim , Nurhadhinah Omar Ali

Keyword
  • Pengangguran, Belia, Luar Bandar, Sarawak

Abstract
  • Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti punca pengangguran dalam kalangan belia di kawasan luar bandar. Kawasan yang dipilih ialan Kampung Tian di daerah Matu yang terletak di negeri Sarawak, negeri yang paling luas di Malaysia. Seramai 50 responden yang terdiri daripada golongan belia, berumur di antara 18 hingga 30 tahun yang menganggur di sekitar Kampung Tian, Matu, Sarawak telah berjaya menjawab soal selidik yang disediakan. Melalui hasil kajian, didapati terdapat beberapa punca mengapa berlakunya pengangguran di kalangan belia di kawasan ini. Punca pengangguran yang telah dikenalpasti ialah peluang pekerjaan yang terhad, tahap pendidikan yang terbatas, keengganan berhijrah ke tempat yang lebih banyak peluang pekerjaan, lemah dalam kemahiran berkomunikasi dan kurang pengalaman bekerja. Bukan itu sahaja, terdapat punca lain yang dikemukakan iaitu keenganan majikan memilih graduan baharu, keluarga yang mengharapkan anak bekerja dengan pihak kerajaan sahaja, terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit, bertanggungjawab menjaga ibubapa dan majikan memilih pekerja yang ada ikatan kekeluargaan sahaja. Dapatan ini menunjukkan terdapat punca yang pelbagai dalam masalah pengangguran dalam kalngan belia di Kampung Tian, Matu. Oleh yang sedemikian, peranan pelbagai pihak diperlukan dalam usaha menangani isu pengangguran ini sama ada di pihak kerajaan dan berkuasa tempatan, syarikat persendirian, bukan kerajaan dan orang awam. Malah kesedaran kendiri juga diperlukan bagi mengubah tetapan minda para pencari kerja, keluarga dan juga majikan. Antara penyelesaian yang disyorkan ialah memperbanyakkan program/sijil kemahiran, memperbanyakkan peluang pekerjaan, menggalakkan menceburi bidang keusahawanan, menyediakan modal untuk memulakan perniagaan, mengadakan lebih banyak temuduga terbuka dan pendedahan kepada program kemahiran komunikasi yang berkesan.

Reference
  • 1. Abd. Kadir Bin Batong, Rostika Petrus Boroh dan Beatrice Lim (2017). Faktor Yang Mempengaruhi Belia Untuk Tidak Bekerja: Kajian Kes Di Daerah Tawau, Sabah. Proceedings of International Conference on Economics. Pp 493-500.

    2. Abdul Aziz, A. R. (2020). “Pengangguran dalam kalangan Tenaga Kerja Semasa Wabak COVID-19”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(11), pp. 1-9. doi: https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i11.539.

    3. Cahuc, Pierre and Hervelin, Jeremy. (April 2020). Apprenticeship and Youth Unemployment. CEPR Discussion Paper No. DP14621, Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3594251

    4. EPAC. (1996). Future Labour Market Issues for Australia. Canberra: Australian Government Publishing House.

    5. Fajana S (2000). Functioning of the Nigerian Labour Market. Labonfin and Company: Lagos.

    6. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Siaran Akhbar Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia, Januari 2019.

    7. M. Rakna, N. Maria Nevis Soris and Premila (2017). Causes and Effects of Unemployment in India. Indo – Asian Journal of Multidisciplinary Research (IAJMR), vol 3, Issue 4, pp 1168- 1171. DOI: 10.22192/iajmr.2017.3.4.2

    8. Meleq Hoxhaj (2017). Youth Unemployment in Albania Causes and Consequences.EuroEconomica, Vol 36, Issue 2, pp 159-168.

    9. Musa, S.F.P. & Basir, K.H. (2019). Youth Unemployment and the Rentier Economy in Brunei: Lessons from Norway. AL-ABQARI: Journal of Islamic Social Sciences and Humanities. USIM

    10. P. S. O. Uddin and Uddin, Osemengbe O. (2013).Causes, Effects and Solutions to Youth Unemployment Problems in Nigeria.Journal of Emerging Trends in Economics and Management Sciences (JETEMS), Vol 4, Issue 4, pp 397-402.

    11. Thirunaukarasu Subramaniam (2004). Unemployment among Youth in Sabah: Causes and Cures. Jati, vol 8. Pp 159-169.