Kepentingan Dan Cabaran Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah Menggunakan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
List of Authors
  • Khairul Azhar Jamaludin, Mohd Shazlan Shahudin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan komponen penting dalam pendekatan pelaksanaan kurikulum pada era masa kini. Hal ini, kerana TMK mampu membangunkan potensi individu khususnya murid untuk menjana idea-idea baru dalam proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV). Peranan guru menjadi faktor utama dalam menyampaikan kandungan ilmu bidang seni visual secara pembelajaran abad ke-21 menggunakan pendekatan TMK kepada murid. Pendekatan ini dilihat penting dalam keperluan sistem pendidikan pada masa kini, maka kertas konsep ini ingin mengupas dengan lebih lanjut berkaitan pelaksanaan menggunakan TMK bagi mata pelajaran PSV di sekolah rendah. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk membincang kepentingan, kesan dan cabaran dalam pelaksanaan PdPc PSV menggunakan TMK. Lanjutan itu, perbincangan merangkumi peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa sebagai cadangan penambahbaikan dalam pelaksanaan di sekolah. Tambahan pula, pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran guru dan pengkaryaan artistik murid dengan memenuhi keutamaan pembelajaran berasaskan teknologi.


Reference
  • No Data Recorded