Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Arab Secara Dalam Talian Di Sekolah Rendah
List of Authors
  • Sharifah Khaliqah Syed Hasbullah

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Artikel ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Bahasa Arab secara dalam talian dari aspek tahap pengetahuan guru, kemahiran pentaksiran guru dan cabaran yang dihadapi. PBD secara dalam talian merupakan satu penilaian secara holistik yang dilaksanakan melalui pelbagai aplikasi pendidikan dalam talian seperti Google Classroom, Zoom, Microsoft Team, Telegram dan Whatsapp berpandukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seramai 126 orang guru BA di sekolah rendah dipilih. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Perisian SPSS 26 digunakan untuk menganalisa soal selidik yang dijalankan kepada responden dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru BA mempunyai kefahaman dan kemahiran untuk melaksanakan PBD secara dalam talian dengan memiliki skor min bagi setiap konstruk adalah tinggi dan sederhana tinggi, iaitu pengetahuan PBD guru (min= 4.60), kemahiran PBD guru (min= 4.34) dan cabaran pelajar (min=3.94). Implikasi kajian ini ialah guru -guru BA mempunyai kesediaan yang tinggi terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan PBD secara dalam talian.  Namun terdapat beberapa cabaran yang perlu diberi perhatian sepanjang pelaksanaannya secara dalam talian.


Reference
  • No Data Recorded