Wahdah Al-Wujud dalam tradisi Sufi: isu dan analisa kritis terhadap fatwa akidah di Malaysia
List of Authors
  • Awatif Abdul Rahman , Muhammad Khairi Mahyuddin

Keyword
  • Wahdah al-wujud, manhaj Sufi, fatwa

Abstract
  • Isu wahdah al-wujud dalam tradisi Sufi di Malaysia merupakan isu akidah yang sering dikaitkan dengan ajaran sesat. Malah, terdapat fatwa di peringkat negeri telah mengeluarkan fatwa mengharamkan doktrin ini secara umum. Lantaran daripada pengeluaraan fatwa tersebut telah memberi impak besar kepada masyarakat awam dan pengamal tasawwuf khususnya yang masih memahami isu wahdah al-wujud dengan maksud dan manhaj sebenar yang diperakui oleh ulama Sufi muktabar. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan salah faham doktrin wahdah al-wujud dan perbezaaan antara ciri ciri wahdah al-wujud yang betul dan salah berdasarkan manhaj Sufi sebenar yang dihurai oleh para ulama Sufi muktabar .Metodologi kajian ini adalah kajian sejarah dan tekstual analisis kitab- kitab sufi turas muktabar. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa wahdah al-wujud ini merupakan istilah yang tidak boleh difahami secara literal kerana boleh membawa kepada salah penafsiran dan kefahaman. Wahdah al-wujud mestilah dihurai mengikut manhaj ulama Sufi sebenar dan menepati prinsip-prinsip akidah yang sepakati. Wahdah al-wujud muwahhidah adalah diterima kerana menepati akidah dan shariat, manakala wahdah al-wujud mulhidah ditolak kerana bercanggah dengan kedua- dua asas tersebut.

Reference
  • 1. Abdul Fattah Haron Ibrahim. (1999). Ahli Sunnah Dan Wujudiah-Batiniah ( Mengenai Ajaran Salah). Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.
    2. Abd al-Samad al-Falimbangi . [t.t]. Sayr al-Salikin. Thailand: Maktabah wa Matbacah Muhammad al-Nahdi wa Auladah.
    3. al-Ghazzali, Muhammad Muhammad. (1995). Ihya’ cUlum al-Din. Bayrut: Dar al-Fikr:
    4. al-Ghazzali, Muhammad Muhammad. [t.t]. Kimiyyah al-Sacadah. In Majmuc Rasail al-Imam al-Ghazzali li al-Imam Hujjah al-Islam Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazzali.Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah
    5. Hamadan Hasan (1992). Tarekat Ahmadiyyah di Malaysia. Suatu Analsis fFkta secara ilmiah. Luala Lumpur : DBP http://www.muftiselangor.gov.my/ms/fatwa
    6. Hawash Abdullah. (1980). Perkembangan Ilmu Tasawwuf Dan Tokoh-Tokohnya Di Nusantara .Indonesia :al-Ikhlas.
    7. Ibn cArabi, Muhammad ibn cAli.. [t.t]. Al-Futuhat al Makkiyyah fi Macrifah al-Asrar al-Malikiyyah wa al Mulkiyyah. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al- cArabi.
    8. al-Kattani, Muhammad Jacfar. (2005). Jala’ al-Qulub min al-Asda’ al-Ghainiyyah bibayan Ihatatihi Salla Allah calaihi wa Sallam bi al-culum al-Kawniyyah. Bayrut. Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
    9. Muhammad Khairi Mahyuddin. (2006). Exposition On Al-Tawhid By Shaykh Muhammad Nafis Al-Banjari: An Analaytical Study Of His Book Al-Durr Al-Nafis. IIUM : Kuala Lumpur
    10. Muhammad Nafis al-Banjari. [t.t]. Al-Durr al- Nafis fi Bayan Wahid al-Afcal wa al- Asma’ wa al-Sifat wa al-Dhat Dhat al-Taqdis. Edited by Ilyas Ya’qub al Azhari.. Misr : Matbacah Dar Ihya’ al -Kutub al-cArabiyyah.
    11. Al-Shacrani, Abd al-Wahab.. [t.t]. Al-Yawaqit wa al-Jawahir fi bayan cAqa’id al- Akabir. Bayrut: Dar Ihya’ al-Turath al-cArabi..
    12. Sharh Usul al-Tahqiq [t.t]. Pulau Pinang: Pecetakan al-mucarif Sdn Bhd
    13. Tuhfah al-Raghibin bi Bayan haqiqah Iman al-Mu’minin [t.t]. Thailand: Maktabah wa Matbacah Muhammad al- Nahdi wa Auladah
    14. Wan Sulaiman b Wan Wan Sidik. 1334H. Hawd al-Mawrud fi Bayan Wahdah al-Wujud. Pulau Pinang: Persama Press.
    15. Al-Zubaydi, Muhammad b. Muhammad. (1989). Ithaf al-Sadat al-Muttaqin bi sharh Ihya’ cUlum al-Din. Bayrut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.