Tahap kompetensi guru Bahasa Arab di Sabk di Malaysia: satu dimensi
List of Authors
  • Ainon Wazir , Awatif Abdul Rahman , Mohd Shafie Zulkifli , Muafah Sayed , Muhammad Hashimee

Keyword
  • Kompetensi, guru Bahasa Arab, SABK, Malaysia, dimensi

Abstract
  • Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran generik, kemahiran asas, kemahiran utama, dan kemahiran personal yang merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang menjadi asas kepada tugasan atau prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan merentasi semua bidang. Dalam senario pendidikan Malaysia, gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, memberi fokus kepada meningkatkan standard profesionalisme guru, iaitu berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam konteks guru bahasa Arab, kompetensi yang paling penting adalah penguasaan bahasa. Oleh itu, objektif kajian rintis ini adalah mengenal pasti tahap kompetensi bahasa guru bahasa Arab, dan menilai kompetensi guru-guru bahasa Arab di SABK Semenanjung Malaysia.. Kajian berbentuk kualitatif melalui instrumen satu set soalan ujian kompetensi guru bahasa Arab yang dibangunkan dengan merujuk kepada kriteria guru bahasa Arab yang telah dikeluarkan dan diguna pakai oleh National Center for Assessment in Higher Education, Saudi Arabia sebagai konstruk soalan ujian kompetensi. Domain kompetensi yang dinilai adalah pengetahuan guru dalam penguasaan tatabahasa. Tinjauan awal ini melibatkan seramai 19 responden daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Selangor dan 1 responden di negeri Perak. Item soalan ujian kompetensi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21. Soalan ujian kompetensi ini telah dinilai kesahan muka dan kandungannya daripada 2 orang pakar penilai. Oleh itu, dapatan tinjauan awal ini menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru bahasa Arab di SABK berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan di akhir kajian untuk penambahbaikan dan pemurnian tahap kompetensi guru Bahasa Arab di SABK sebagai pelaksana Kurikulum Bersepadu Dini.

Reference
  • 1. Ahmad Kilani Mohamed (2001)Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama di Malaysia.Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Skudai.Johor Darul Ta’zim
    2. Al Muslim Mustapa&Zamri Arifin (2015), Penentuan Dimensi Kualiti Guru Bahasa Arab di Malaysia, ISLAMIYYAT 37(1) 2015: 49 – 57
    3. Awang Had Salleh. (1998). Latihan perguruan untuk sekolah berkesan. Pembentangan dalam Seminar JPPG 1998: Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan, Universiti Malaya.
    4. Chua, Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan Edisi Ketiga. Shah Alam, Selangor: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
    5. Fahrurrozi, A. (2014). Pembelajaran Bahasa Arab : Problematika Dan Solusinya. Arabiyat, 1(2), 161–180.https: //doi. org/10.15408/a. v1i2.1137
    6. Faizal Amin, N.Y., Ruhizan, M.Y., Ridzwan, C. R., & Mohd Bekri, R. (2014). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran berdasarkan Pendekatan Model Rasch : Kajian Rintis. First Technical and Vocational Education International Seminar 2014, (Tveis), 1–9. https://doi.org/10.13140/2.1.2655.9686
    7. Gamal Abdul Nasir Zakaria, Salwa Mahalle, & Aliff Nawi. (2015). Kajian Amalan Pengajaran Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah di Negara Brunei Darussalam. Q-jIE The Online Journal of Islamic Education, 3(1), 32–40
    8. Ghazali, D., & Sufean, H. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan: Amalan dan analisis kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
    9. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Kertas dasar kurikulum semakan bahasa Arab komunikasi & bahasa Arab tinggi di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
    10. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2007). Status terkini dan penyelarasan tugas Mengurus Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Kertas kerja Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Antara Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Hotel Quality, Kuala Lumpur. 15 Mei 2007.
    11. Jhon Helmi, M.P (2015). Kompetensi Profesionalisme Guru. Al-Ishlah Jurnal Pendidikan.Vol 7 N0.2.318-336
    12. Maimun Aqsha Lubis et. al(2014),Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kurikulum Bu’uth Al-Azhar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1)(2014): 51-61
    13. Mat Taib Pa (2016), Isu Pembelajaran Dan Pengajaran Nahu Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu Dan Cara Menanganinya,Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa Arab 2016(PABA), ISBN 978-967-0380-88-9,38-58.
    14. Mohammed Sani Ibrahim. et.al. (2015). Strategi implementasi pelan pembangunan pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
    15. Mustari, M. I., Azmi, K., Azhar, J., Yahya, M. R., Jasmi, K. A., Muhammad, A., & Yahya, R. (2012). Model Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Johor Bahru on, 8(1987), 867–878. Retrieved from http: //eprints. utm. my/40070/1/Cover %26 Paper. pdf
    16. Nazri Atoh et.al(2014), Guru Bahasa Arab Yang Berkualiti: Satu Tinjauan Awal, Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, ISBN 978-967-5478-78-9.
    17. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran, UKM
    18. Nor Aziah Jema’on et.al (2017),Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab:Masalah dan Cabaran,International Journal Of Religion Research In Education.Volume 1,Number 2,2017,65-72
    19. Noor Shamshinar binti Zakaria et.al(2017), Kompetensi Guru Bahasa Arab Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia,Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial&Kemanusiaan(PASAK 2017),ISBN 978-967-0850-93-1,KUIS
    20. Unit Perancang Ekonomi. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Putrajaya.
    21. Zamri Arifin&Al Muslim Mustapa(2014), Kualiti Guru Bahasa Arab Dalam Konteks Malaysia: Menangani Persoalan Asas, Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, ISBN 978-967-5478-78-9