Tahap Kesediaan Guru Bukan Pengkhususan Bahasa Arab dalam P&P Subjek Bahasa Arab di Sekolah Rendah Daerah Kota Kinabalu, Sabah
List of Authors
  • Nurul Hamidzah Mohd Zafari

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Tahap penguasaan bagi mata pelajaran bahasa Arab sekolah rendah di daerah Kota-Kinabalu, Sabah beberapa tahun kebelakangan ini kurang menunjukkan peningkatan malah terdapat sekolah luar bandar yang menunjukkan prestasi yang sama. Keadaan ini dikaitkan dengan pengambilalihan pengajaran oleh guru yang tidak memiliki ikhtisas penuh bahasa Arab.  Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesediaan guru bukan ikhtisas bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Objektif kajian adalah Mengenal pasti tahap minat guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di dalam bilik darjah. Mengenal pasti tahap pengetahuan  guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah, di samping itu mengenalpasti tahap latihan guru mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah rendah. Kajian ini dikategorikan sebagai kajian tinjauan berbentuk kuantitatif bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru bukan ikhtisas penuh bahasa Arab terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji menggunakan soal selidik yang ditadbir kepada 46 guru yang mengajar bahasa Arab sekolah rendah di  daerah Kota Kinabalu. Selain itu pengkaji hanya memfokuskan kepada guru bukan pengkhususan opsyen bahasa Arab tetapi mengajar subjek bahasa Arab di sekolah rendah sahaja. Dapat disebut secara keseluruhannya bahawa tahap pengetahuan dan latihan guru dalam mengajar subjek Bahasa Arab adalah berada pada tahap yang rendah, manakala tahap minat guru mengajar Bahasa Arab dalam kalangan guru Bahasa Arab di sekolah rendah daerah Kota Kinabalu, Sabah pula adalah berada pada tahap yang sederhana. Implikasi kajian ini ialah pihak kementerian, pejabat pendidikan daerah Kota Kinabalu, Sabah serta sekolah perlu berfokuskan kepada program, bengel dan latihan yang bersesuaian untuk memberi pendedahan pengajaran dan pembelajaran  bahasa Arab di sekolah rendah kepada guru bukan ikhtisas penuh bahsa Arab ini. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah wajar menjadikan kajian ini sebagai panduan bagi membentuk modul yang bersesuaian kepada tahap kesediaan guru bukan ikhtisas penuh bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab mereka di sekolah rendah.


Reference
  • No Data Recorded