KESANTUNAN LINGUISTIK DALAM LAKUAN PENOLAKAN ORANG MELAYU, DALAM KONTEKS UNDANGAN PERKAHWINAN
List of Authors
  • RADHIAH ISMAIL , ROSWATI ABDUL RASHID

Keyword
  • Pragmatik, lakuan bahasa, penolakan, kesantunan bahasa, kesantunan linguistic

Abstract
  • Penolakan merupakan lakuan linguistik yang sukar untuk dilaksanakan dan berpotensi untuk mencetuskan konflik. Bagi menghindar konflik dan mengurangkan kemungkinan menjatuhkan air muka pendengar, penutur akan menggunakan pelbagai strategi kesantunan dalam pengungkapannya. Penulisan ini bertujuan untuk memerihalkan strategi-strategi kesantunan linguistik yang digunakan oleh orang Melayu dalam lakuan bahasa penolakan terhadap undangan ke majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan dipilih sebagai konteks kajian kerana ia merupakan salah satu peristiwa penting dan bersejarah dalam kehidupan seseorang dan menghadirinya merupakan satu tuntutan agama. Seramai 40 orang responden Melayu terlibat dalam kajian ini. Ujian Melengkapkan Wacana atau DCT (Discourse Completion Test) merupakan instrument telah digunakan untuk mengumpul data. Data dianalisis berdasarkan model penolakan Beebe, et al. Dapatan menunjukkan majoriti responden menggunakan strategi tidak langsung untuk mengungkapkan penolakan. Strategi “mengemukakan alasan” dan “memohon maaf” telah dikenal pasti sebagai dua strategi yang paling kerap digunakan oleh responden. Dari aspek struktur penolakan pula, kebanyakkan responden memulakan penolakan dengan strategi “memohon maaf” diikuti oleh strategi-strategi yang lain. Kesimpulannnya, adab dan kesantunan berbahasa masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melayu ketika berkomunikasi. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan untuk melancarkan dan meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam kalangan masyarakat terutama yang melibatkan lakuan bahasa penolakan.

Reference
  • Allami, H., & Naeimi, A. (2011). A crosslinguistic study of refusals: An analysis of pragmatic competence development in Iranian EFL learners. Journal of Pragmatics, 43(1), 385-406.
    Al-Eryani, A. (2007). Refusal strategies by Yemeni EFL learners. The Asian EFL Journal, 9 (2), 19-34.
    Al-Issa, A. (1998). Sociopragmatic transfer in the performance of refusals by Jordanian EFL learners: Evidence and motivating factors. Unpublished Doctoral Dissertation, Indiana: Indiana University of Pennsylvania.
    Al-Shalawi, H. (1997). Refusal strategies in Saudi and American cultures. Unpublished Master’s Thesis, Michigan: Michigan State University.
    Beckers, A., M. (1999). How to Say “No” wihout Saying “No”. A study of the refusal strategies of Americans and Germans. Unpublished Doctoral Dissertation, The University of Mississippi, Mississippi.
    Beebe, L., Takahashi, T., & UlissWeltz, R. (1990). Pragmatic transfer in ESL refusals. Dalam, R. et al. (eds.), Developing Communicative Competence in a Second Language (pp. 55–73). New York: Newbury House.
    Blum-Kulka, S. (1982). Learning to say what you mean in a second language: a study of the speech act performance of learners of Hebrew as a second language. Applied Linguistics, 3, 29-59.
    Brown, Penelope & Stephen C. Levinson. (1987 [1978]). Politeness. Some universals in language usage. Cambridge: Cambridge University Press.
    Devito, Joseph A. (2009). The interpersonal communication book. (12th ed.) Boston, New York: Pearson International Edition.
    Félix-Brasdefer, J. César. (2002). Refusals in Spanish and English: A crosscultural study of politeness strategies among speakers of Mexican Spanish, American English, and American learners of Spanish as a foreign language. Tesis Doctoral, Minnesota: University of Minnesota.
    Goffman, E. ([1967] 1982). On face-work. An analysis of ritual elements in social interaction. Interactional ritual. Essays on face to face behaviour, New York: Anchor Books, 5-45.
    Grice, H. Paul. (1989). Studies in the way of words. Cambridge: Harvard University Press.
    Lakoff, Robin T. (1973). The logic of politeness; or minding your p’s and q’s. Dalam Papers from the seventh regional meeting of the Chicago Linguistic Society (pp. 292-305). Chicago: Chicago University Press.
    Leech, N. Geoffrey. (1983). Principles of pragmatics. Londres: Longman.
    Liao, C., & Bresnahan, M. I. (1996). A comparative pragmatic study on American English and Mandarin refusal strategies. Language Sciences, 18, 703–727.
    Lyuh, I. (1992). The Art of Refusal: Comparison of American and Korean Cultures. Unpublished Doctoral Dissertation, Indiana University.
    Norma, S., Siti Jamilah, B., & Ahmad Affendi, S. (2016). Refusal strategies used by malay esl students and english native speakers to refuse a request. Proceeding of ICECRS, 1-11.
    Nelson, G., Carson, J., Al Batal, M., & El Bakary, W. (2002). Cross-cultural pragmatics: strategy use in Egyptian Arabic and American English refusals. Applied Linguistics 23 (2), 163–189.
    Nor Azuwan, Y, Norazlina, M. K., Kamariah, K., & Zaitul Azma Zainon, H, (2011). Kesantunan berbahasa dalam aktiviti program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Journal of Human Capital Development, 4(1), 53-55.
    Rubin, Joan. (1983). How to tell when someone is saying ‘no’ revisited. In N. Wolfson & E. Judd, (Eds.). Sociolinguistics and language acquisition (pp. 10-17). Rowley, MA: Newbury House.
    Yusniza, Y., Faizah, A., & Nasariah, M. (2011). Kesantunan bahasa dalam kalangan pelajar ipt: satu kajian perbandingan ethik. Dlm. Abdul Rahman Aziz & Mohd Azizuddin Mohd Sani (Eds.). Agenda Ketahanan Nasional Malaysia. Universiti Utara Malaysia: Institut Pemikiran Tun Dr.
    Mahathir. Radhiah Ismail and Roswati Abdul Rashid 74 Journal of Business and Social Development Volume 8 Number 2, September 2020 : 65-76
    Zaitul Azma Zainon, H. (2012). Kesantunan dan strategi berbahasa dalam konteks
    pendidikan. Dlm Marlyna Maros et al. (Eds.). Kesantunan berbahasa, (hlm. 63-81). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Zulkifley, H., & Naidatul, Z. A (2013). Memupuk perpaduan di Malaysia - Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 9(4), 86-98.
    Zuraini, R., Dahlia, J., Husna Faredza, M. R., & Khairul Azam, Bahari (2009). Amalan kesantunan berbahasa di sekolah. Project Report. Universiti Pendidikan Sultan Idris.