Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru Di Sekolah Kluster Tamil Daerah Pasir Gudang
List of Authors
  • Kalaimani Ramakrishnan

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Seorang pemimpin perlulah menunjukkan sifat kepimpinan yang mendorong kepada peningkatan mutu kerja dan sokongan daripada orang bawahannya supaya ia dapat meningkatkan prestasi organisasi tersebut. Kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang diperkatakan semakin menurun. Antara sebab utamanya ialah guru besar sekolah-sekolah tersebut kurang mengamalkan kepimpinan strategik yang dapat memotivasikan guru dalam memberikan pengajaran yang berkualiti. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kepimpinan strategik dengan kualiti pengajaran guru di sekolah kluster Tamil daerah Pasir Gudang. Kajian ini dapat memberi kepentingan kepada para guru bagi mengamalkan kepimpinan yang terbaik. Pihak PPD dan JPN pula dapat menentu ukur kualiti kepemimpinan seorang guru besar berdasarkan kualiti pengajaran guru sekolah tersebut. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan kuantitatif. Instrumen soal selidik telah digunakan dan data yang diperoleh telah dianalisis berdasarkan statistik deskriptif. Seramai 50 orang guru daripada dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Kluster) di Daerah Pasir Gudang telah dijadikan sampel kajian ini. Data dikumpul dan dianalisis melalui perisian SPSS Versi 23. Dapatan menunjukkan guru besar SJK Tamil kluster daerah Pasir Gudang menunjukkan tahap kepimpinan strategik yang tinggi dan guru-guru mempunyai kualiti pengajaran yang tinggi. Perancangan strategik, interaksi dan rangkaian komuniti guru besar tidak begitu memberi kesan kepada kualiti pengajaran guru. Namun, motivasi dari guru besar dapat  meningkatkan semangat dalam kalangan guru untuk memberi pengajaran yang berkualiti. Tahap kepimpinan guru besar sahaja tidak dapat memberikan impak kepada kualiti pengajaran guru. Secara keseluruhannya, kualiti pengajaran guru di sekolah tamil kluster di daerah Pasir Gudang dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain dan bukan dipengaruhi oleh kepimpinan strategik guru besar sekolah tersebut.


Reference
  • No Data Recorded