Bantuan Awal Persekolahan (BAP): Isu dan Cabaran Pengurusan Kewangan Keluarga Semasa Musim Persekolahan
List of Authors
Aida Hanim A. Hamid, Vironicha Maselamany
Keyword
Bantuan Awal Persekolahan (BAP), musim persekolahan, perbelanjaan, kewangan
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti isu dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga dalam pengurusan kewangan semasa musim persekolahan, dengan fokus kepada Bantuan Awal Persekolahan (BAP). BAP merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga bagi memenuhi keperluan persekolahan anak-anak, namun, pelaksanaannya masih menghadapi pelbagai halangan. Melalui analisis kualitatif, kajian ini mendalami pandangan ibu bapa mengenai impak BAP, serta mengenal pasti isu-isu utama seperti kesedaran tentang proses permohonan, keterbatasan bantuan dalam memenuhi kos pendidikan yang semakin meningkat, serta ketidakseimbangan dalam pengagihan bantuan kepada keluarga yang benar-benar memerlukannya. Selain itu, kajian ini turut mengkaji peranan pengurusan kewangan keluarga dalam mengatasi cabaran yang timbul semasa musim persekolahan dan keperluan untuk pendidikan kewangan yang lebih baik. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan input untuk memperbaiki keberkesanan program BAP dan mencadangkan penyelesaian praktikal bagi mengurangkan tekanan kewangan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.